Tuesday, January 15, 2013

Assalamualaikum,
Lama sungguh tidak update blog ini dengan kesibukkan di tempat kerja.
sangat merindui blog ini. Ingin kongsi gambar terkini anaknda saya yg sudah 1 tahun 2 bulan


Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri

Taqaballahuminawaminkum

Selamat hari raya Aidilfitri...Allah..lamanya saya tak membuka blog ini. Kesibukan yang menghimpit buat pengurusan masa jadi lebih teruk. Nisreen Khadieja anaknda saya sudah berusia 9 bulan. Sudah banyak kerenah dan sudah pelbagai kemahiran...setiap hari ada saja aksi baru dan sebutan baru darinya. Terasa hidup ini berlalu dengan cepat dengan adanya Nisreen. Allah...dulu semasa diuji Allah hampir 5 tahun tiada zuriat, melihat orang yang ada anak-anak kecil pun sudah terasa bahagianya. Moga di luar sana, akan ramai lagi wanita-wanita yang telah berkahwin akan dapat menimang cahayamata. Kepad arakan-rakan (ada ke) yang masih mengunji blog ini, ribuan terima kasih.




Monday, April 16, 2012

Ustazah K

Hari ini permulaan kerja seolah-olah hambar, serasa tidak berdaya...minggu lalu, Jumaat yang terakhir saya bekerja bersama ustazah K. Baik sungguh orangnya, selalu menyokong apa sahaja perkara atau tugas baik yang saya lakukan. Memberi semangat ketika saya hampir jatuh...terasa sungguh kehilangan beliau meskipun beliau hanya bertukar tempat bertugas.

Itulah, orang baik yang sentiasa dikenang-kenang.

Tuesday, February 28, 2012

NISREEN KHADIEJA


Assalamualaikum wbt

Sudah lama tidak membuat post baru di sini. Kenalkan ini Nisreen Khadieja, permata hati Qurratul Aini saya dan suami yang ditunggu-tunggu hampir 5 tahun.

26 Feb lalu genaplah umurnya 3 bulan. Alhamdulillah. Benarlah, Allah menguji kita mengikut kadar kemampuan kita. Bersangka baik dengan Allah. Teruskan doa dan usaha. Sama-samalah kita membantu rakan-rakan yang belum lagi dikurniakan zuriat, melapangkan jiwa mereka dengan nasihat dan kata-kata semangat. Usah kita menjadi api yang membakar lagi hati mereka yang sedih. waala'hualam

Thursday, November 17, 2011

MENANTI DETIK KELAHIRAN ANAKNDA




Hari ini genaplah kandungan saya mencecah 39 minggu. Bila-bila masa saya akan melahirkan zuriat ini. Memanti penuh debar kelahiran si permata hati setelah sekian lama menunggu....doa say atak putus-putus agar anak ini sihat dan sempurna. Allah menguji saya dengan kesihatan tidak menentu seminggu ini, penyakit lelah saya kembali menyerang, siap dengan batuk. berulang kali ke klinik mengambil gas....saya masih kuat untuk ke pejabat hari ini. Kepada yang membaca blog ini, saya mohon maaf andai saya tidak selalu mengemaskini bahan dari blog ini. kesibukan dengan tugas menyebabkan saya sering kurang masa untuk bermanja-manja dengan blog ini. Namun saya selalu pula membuka blog-blog kepunyaan orang lain untuk membacanya. Saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata saya, doakan saya selamat melahirkan anak ini. Insya Allah tarikhnya 25/11/2011 ini. Moga kehidupan tuan puan semua diberkati Allah hendaknya.

Thursday, November 3, 2011

MENANTI HARI



Lama sungguh tidak up date blog ini, sedangkan blog ini setiap hari saya buka. Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah masuk minggu ke 37. Rasa tak sabar nak tunggu bayi ini lahir. Buat masa ini saya masih bekerja macam biasa. Saya mohon doa dari semua yang pernah membaca blog ini agar dapat mendoakan saya dan zuriat saya ini. Ampun maaf atas keterlanjuran kata-kata saya dalam menulis di blog ini.

Untuk semua umat Islam, semalam menyambut Aidiladha pada 9 Nov ini. Belajarlah sesuatu dari pengorbanan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Ujian Allah itu memang berat, namun banyak hikmah tersembunyi. Bersangka baiklah dengan Allah. Moga rakan-rakan mendapat manafaat.

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI




Alhamdulillah, hari ini sudah 26 hari menjalani ibadah puasa.
Esok mula operasi mengemas rumah sebelum balik ke kampung pada hari Ahad jika tiada aral. Kandungan saya juga sudah mencecah 27 minggu. Alhamdulillah, Bayi sangat aktif dan sudah boleh merasai pergerakkannya terutama waktu malam. Di kesempatan ini, saya mohon ampun maaf kepada sesiapa sahaja yg pernah terbaca blog saya ini. Mohon maaf andai ada tulisan saya yang menyinggung hati pembaca. Doa saya agar pembaca blog ini selamat sampai ke destinasi semasa hari raya ini dan dapat beraya dalam suasana yang penuh taqwa.