Thursday, February 19, 2009

Kehidupan

Hari ini hati rasa sayu...selepas membuat pemeriksaan semalam saya menangis 'sebak'. Bukan kerana sakit, tapi merasakan banyaknya ujian untuk mendapat seorang anak dari rahim sendiri.
Betul...bila kita tak mengalaminya, kita tidak tahu apa rasanya. Sekarang, bila orang asyik bertanya tentang anak, saya menjadi semakin kuat (kadang-kadang goyah juga).

Bila cakap pasal anak, teringat minggu lepas semasa balik ke rumah abah dan mak di KL. Malam itu saya tak bolehtidur..lalu saya berbual dengan mereka hingga larut malam. abah pula sejak sakit ni, sukar untuk tidur. Mak dan abah bercakap tentang soal rezeki kepada saya...rasa nak menangis pun ada.

Bagitulah mak dan bah..jarang sangat mencampuri urusan anak-anak menantu mereka..cuma kadang-kadang mereka bimbang dengan kesihatan saya dan suami.

Saya berdoa..agar usaha ini membuahkan hasil..dan saya tahu Allah tidak menguji kami dengan beban yang tidak mampu kami pikul.












UJIAN KESIHATAN

Semalam saya membuat ujian kesihatan di DEMC. Menakutkan....tangan kesejukan... Ujian ini bagi melihat sama ada tiub fallipio saya tersumbat atau tidak (dalam bahasa yang mudah difahamilah).
Sebelum di X-ray, saya diberi taklimat oleh pihak doktor. Suami saya sempat berbisik " boleh lagi kalau nak cancelkan" sebab dia kesian tengok saya yang ketakutan ini. Namun saya kuatkan hati, saya nak tahu sama ada saya ada masalah kesihatan ke tidak. Lagipun sekarang saya dan suami sedang membuat rawatan dengan LPPKN.
Alhamdulillah, results dari pemeriksaan tersebut mendapati saya tidak menghadapi apa juga masalah. Sebelum ini suami juga membuat pemeriksaan juga tiada masalah.
Sekurang-kurangnya kami lega apabila kami tidak mempunyai masalah (mungkin soal rezeki sahaja tak menyebelahi). Selepas ini kami mungkin akan menerima rawatan IUI atau IVF...ada seorang rakan yang senasib dia juga mendapatkan rawatan IUI.
Saya berdoa, Allah memudahkan urusan kami dalam soal zuriat ini. Bak kata suami saya " Jangan lawan Allah" dia lebih mengetahui.