Thursday, November 17, 2011
MENANTI DETIK KELAHIRAN ANAKNDA
Hari ini genaplah kandungan saya mencecah 39 minggu. Bila-bila masa saya akan melahirkan zuriat ini. Memanti penuh debar kelahiran si permata hati setelah sekian lama menunggu....doa say atak putus-putus agar anak ini sihat dan sempurna. Allah menguji saya dengan kesihatan tidak menentu seminggu ini, penyakit lelah saya kembali menyerang, siap dengan batuk. berulang kali ke klinik mengambil gas....saya masih kuat untuk ke pejabat hari ini. Kepada yang membaca blog ini, saya mohon maaf andai saya tidak selalu mengemaskini bahan dari blog ini. kesibukan dengan tugas menyebabkan saya sering kurang masa untuk bermanja-manja dengan blog ini. Namun saya selalu pula membuka blog-blog kepunyaan orang lain untuk membacanya. Saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata saya, doakan saya selamat melahirkan anak ini. Insya Allah tarikhnya 25/11/2011 ini. Moga kehidupan tuan puan semua diberkati Allah hendaknya.
Thursday, November 3, 2011
MENANTI HARI
Lama sungguh tidak up date blog ini, sedangkan blog ini setiap hari saya buka. Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah masuk minggu ke 37. Rasa tak sabar nak tunggu bayi ini lahir. Buat masa ini saya masih bekerja macam biasa. Saya mohon doa dari semua yang pernah membaca blog ini agar dapat mendoakan saya dan zuriat saya ini. Ampun maaf atas keterlanjuran kata-kata saya dalam menulis di blog ini.
Untuk semua umat Islam, semalam menyambut Aidiladha pada 9 Nov ini. Belajarlah sesuatu dari pengorbanan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Ujian Allah itu memang berat, namun banyak hikmah tersembunyi. Bersangka baiklah dengan Allah. Moga rakan-rakan mendapat manafaat.
Friday, August 26, 2011
SALAM AIDILFITRI
Alhamdulillah, hari ini sudah 26 hari menjalani ibadah puasa. Esok mula operasi mengemas rumah sebelum balik ke kampung pada hari Ahad jika tiada aral. Kandungan saya juga sudah mencecah 27 minggu. Alhamdulillah, Bayi sangat aktif dan sudah boleh merasai pergerakkannya terutama waktu malam. Di kesempatan ini, saya mohon ampun maaf kepada sesiapa sahaja yg pernah terbaca blog saya ini. Mohon maaf andai ada tulisan saya yang menyinggung hati pembaca. Doa saya agar pembaca blog ini selamat sampai ke destinasi semasa hari raya ini dan dapat beraya dalam suasana yang penuh taqwa.
Tuesday, August 9, 2011
Minggu ke 25
Friday, July 29, 2011
RAMADHAN 1432 H
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan
Ya Allah, sampaikan aku kepada Ramadhan.
Selamat Berpuasa buat semua umat Islam, bagi yang belum dapatkan Majalah Solusi yang terkini, cepat-cepat pergi dapatkan. Sangat menarik isu Ramdhan kali ini, edisi istimewa Ramadhan.
Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik kepada kita semua. Insya Allah.
Friday, July 1, 2011
Kisah
Thursday, April 14, 2011
Rezeki yang tidak dijangka
Pada mulanya saya ke klinik pada malam tersebut kerana saya sakit perut, meskipun saya baru terlewat period saya sebenarnya telah membuat ujian kehamilan di rumah, tetapi ntahla saya tidak pasti dan menyimpan saja perasaan tersebut. Saya pernah mengalami banyak kali kekecewaan sebelum ini. Oleh itu, saya tidak pernah berharap namun doa saya tetap panjatkan sepanjang masa.
Minggu ini genaplah 2 bulan saya hamil. Saya sangat terharu dan merasa kerdil kepad Allah swt atas kurnianNya, benarlah, Allah akan beri apa yang kita mahu sama ada cepat atau lambat. JIka sebelum ini saya dan suami menghabiskan beribu-ribu ringgit mendapatkan rawatan pakar, kini dengan izin Allah, tanpa semua itu saya hamil semula jadi dengan izin Allah. Saya berkongsi rasa kasih sayang dan bahagia ini dengan ibu . Menangis saya dibuatnya....saya mendoakan sahabat saya M akan sama merasai saat ini pada suatu masa kelak. saya mendoakan semua wanita yang telah berkahwin di dunia ini diberi zuriat. Benarlah kata seorang rakan saya yang saya pegang hingga kini 'bersangka baik dengan Allah swt'.
Alalh tahu bila dan ketikanya rezeki itu akan datang kepada kita. Teruskan berusaha dan berdoa. Doakan saya agar saya dapat hamil hingga sampai waktu melahirkan anak ini. Doakan saya juga tidak mengalami alahan dan sikap yang buruk semasa hamil dan selepas bersalin nanti. Hati saya sangat sebak ketika ini....
Allahu Akbar!!!!
Friday, March 18, 2011
Teringat
Friday, February 25, 2011
Sakit
Friday, January 28, 2011
PROGRAM PERTAMA
Friday, January 21, 2011
SEMINAR REMAJA DAN SEKSUALITI
Wednesday, January 19, 2011
MAAF...
Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog ini. Ya Allah, kesibukkan yang teramat. Meskipun saya sudah membuka akaun Facebook, namun tidak mampu saya untuk update memandangkan kesibukan yang menghambat.
Oh ya, ditempat baru ini saya merasa sedikit lega sebab berdekatan dengan rumah. Jadi tak perlulah meminta suami hantarkan sekiranya ada program jemputan dari pelajar pada sebelah malam mahupun hujung minggu. Rasa seronok sangat sebab saya boleh uruskan masa sendiri.
Meskipun terdapat beberapa kekangan antaranya tiada staff sokongan untuk membantu, namun saya sangat selesa dengan apa yang saya lakukan. Saya boleh memberi fokus kepada minat dan keutamaan saya iaitu membantu pelajar.
Nanti saya akan masukkan pic yang sesuai bila masa mengizinkan. Insya Allah.