"Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Ali-Imran,8)
Selamat Berpuasa buat semua umat Islam, bagi yang belum dapatkan Majalah Solusi yang terkini, cepat-cepat pergi dapatkan. Sangat menarik isu Ramdhan kali ini, edisi istimewa Ramadhan.
Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik kepada kita semua. Insya Allah.
Minggu ini sudah genap 19 minggu usia kandungan saya. Kadang kala saya merasakan saya tidak mengandung kerana tidak merasakan apa2 perubahan selain badan yang semakin membulat. Saya berdoa Allah memudahkan urusan saya sepanjang kehamilan ini dan memberi rezeki kepada semua wanita diluar sana yang masih belum dikurniakan zuriat. Banyak kisah yang saya pelajari selama 5 tahun mennati kehadiran cahaya mata. Doa saya sentiasa mengiringi wanita2 diluar sana.
"Sesiapa yang banyak tertawa kurang wibawanya, dan sesiapa yang suka bergurau diremehkan orang, dan sesiapa yang membiasakan sesuatu terkenal dengan kebiasaannya itu, dan sesiapa yang banyak bicara, banyak salahnya, dan sesiapa yang banyak salahnya hilang malunya, dan sesiapa yang hilang malunya, kurang wara’nya (hati-hatinya), dan sesiapa yang kurang wara’nya mati hatinya, dan sesiapa yang mati hatinya maka neraka lebih layak baginya"
-Umar Al- Khatab