Friday, February 20, 2009

KADANG-KADANG




Hati manusia susah untuk ditafsirkan. Boleh jadi dia senyum tetapi tidak bahagia..ada yang serius tapi hati berbunga riang...

Bila orang berbicara tentang anak, kadang-kadang saya menjadi jauh hati. Apa ntah lagi bila orang kata "tak ada anak, tak taulah perasaan kita (ibu)" aduhaii....rasa mahu luluh jantung hati ini. Sampainya hati melafaz kata-kata macam itu, seolah-olah bila tidak ada zuriat, maka hati seseorang itu menjadi keras dan langsung tak dapat merasai perasaan seorang ibu atau ayah.

Kadang-kadang bila orang bercerita tentang anak tentang gembira dan bahagianya mereka, saya menjadi sayu (bukan dengki). Kadang-kadang mereka tahu saya tidak ada anak lagi..tapi ntahlah..saya bersangka baik mungkin mereka gembira tanpa menyedari kehadiran saya di situ. Suasana kadang-kadang semakin pilu jika bersama saudara mara di kampung...adakalanya rasa tidak mau pulang ke kampung suami atau berjumpa rakan-rakan lama. Pasti soalan cepu emas adalah " bila nak ada anak nie?" aduhai.....tak tahulah nak kata apa lagi....

Masalah ini pernah saya bincangkan dengan seorang rakan yang turut mengalaminya...dia juga seperti saya...Kadang-kadang saya mahu lupakan semuanya jika boleh, tidak mahu berfikir apa-apa pun tentang hal2 zuriat ini...namun kadang-kadang saya tertewas juga.

Saya mohon pada Allah, agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini dan kerenah mereka di sekeliling saya.






















Thursday, February 19, 2009

Kehidupan

Hari ini hati rasa sayu...selepas membuat pemeriksaan semalam saya menangis 'sebak'. Bukan kerana sakit, tapi merasakan banyaknya ujian untuk mendapat seorang anak dari rahim sendiri.
Betul...bila kita tak mengalaminya, kita tidak tahu apa rasanya. Sekarang, bila orang asyik bertanya tentang anak, saya menjadi semakin kuat (kadang-kadang goyah juga).

Bila cakap pasal anak, teringat minggu lepas semasa balik ke rumah abah dan mak di KL. Malam itu saya tak bolehtidur..lalu saya berbual dengan mereka hingga larut malam. abah pula sejak sakit ni, sukar untuk tidur. Mak dan abah bercakap tentang soal rezeki kepada saya...rasa nak menangis pun ada.

Bagitulah mak dan bah..jarang sangat mencampuri urusan anak-anak menantu mereka..cuma kadang-kadang mereka bimbang dengan kesihatan saya dan suami.

Saya berdoa..agar usaha ini membuahkan hasil..dan saya tahu Allah tidak menguji kami dengan beban yang tidak mampu kami pikul.












UJIAN KESIHATAN

Semalam saya membuat ujian kesihatan di DEMC. Menakutkan....tangan kesejukan... Ujian ini bagi melihat sama ada tiub fallipio saya tersumbat atau tidak (dalam bahasa yang mudah difahamilah).
Sebelum di X-ray, saya diberi taklimat oleh pihak doktor. Suami saya sempat berbisik " boleh lagi kalau nak cancelkan" sebab dia kesian tengok saya yang ketakutan ini. Namun saya kuatkan hati, saya nak tahu sama ada saya ada masalah kesihatan ke tidak. Lagipun sekarang saya dan suami sedang membuat rawatan dengan LPPKN.
Alhamdulillah, results dari pemeriksaan tersebut mendapati saya tidak menghadapi apa juga masalah. Sebelum ini suami juga membuat pemeriksaan juga tiada masalah.
Sekurang-kurangnya kami lega apabila kami tidak mempunyai masalah (mungkin soal rezeki sahaja tak menyebelahi). Selepas ini kami mungkin akan menerima rawatan IUI atau IVF...ada seorang rakan yang senasib dia juga mendapatkan rawatan IUI.
Saya berdoa, Allah memudahkan urusan kami dalam soal zuriat ini. Bak kata suami saya " Jangan lawan Allah" dia lebih mengetahui.

Monday, January 5, 2009

TEMPAT BARU

Hari ini merupakan hari pertama Mr. A mengajar di sekolah baru setelah bertukar dari Pahang. Saya lihat dia bersemangat dengan kemeja, tali leher dan kasut baru (macam budak-budak baru masuk sekolah). Tentunya dia berdebar menantikan hari pertama di sekolah baru yang ntah macam mana ragamnya.

Transisi dari satu kawasan pedalaman ke sebuah sekolah di bandar memang cabaran bagi seorang guru...saya memahaminya, dan saya memberikan semangat kepadanya. Malah beliau turut membeli buah kamus baru untuk subjek bahasa inggeris yang bakal di ajar.

Semoga kesungguhan ini akan kekal selamanya.

"Selamat bertugas buat suamiku"

KESIAN

Hampir 3 minggu tidak bertemu dua rakan baikku. Si M mc kerana sakit mata yg kronik, hingga perlu dikorek dan dibuang selaput di matanya. Manakala L yang baru hamil mc kerana kandungannya tidak stabil. Kasihan sungguh mereka...Saya mendoakan mereka cepat sihat..rindu rasanya kerana tak ada rakan untuk berbual.

Friday, December 19, 2008

CUTI

Saya akan bermula cuti rehat pada 22 Disember ini. Selama seminggu.... Saja nak menenangkan fikiran dan berehat setelah puas bekerja dalam tahun 2008 yang penuh cabaran ini.
Destinasi...Pantai Timur... Saya dan suami amat suka lautnya yang membiru...

Friday, December 12, 2008

TAHNIAH BUAT RAKANKU

Alhamdulillah..saya mendapat khabar dari rakan, bahawa beliau sudah mengandung. Beliau juga seperti saya, sudah lama meninginkan zuriat sendiri setelah hampir 3 tahun berkahwin. Saya mendoakan belaiu dan anak sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Saya juga meminta beliau mendoakan saya agar turut mendapat zuriat. Amin.