Friday, July 29, 2011

RAMADHAN 1432 H




Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan


Ya Allah, sampaikan aku kepada Ramadhan.

Selamat Berpuasa buat semua umat Islam, bagi yang belum dapatkan Majalah Solusi yang terkini, cepat-cepat pergi dapatkan. Sangat menarik isu Ramdhan kali ini, edisi istimewa Ramadhan.

Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik kepada kita semua. Insya Allah.

Friday, July 1, 2011

Kisah

Minggu ini sudah genap 19 minggu usia kandungan saya. Kadang kala saya merasakan saya tidak mengandung kerana tidak merasakan apa2 perubahan selain badan yang semakin membulat. Saya berdoa Allah memudahkan urusan saya sepanjang kehamilan ini dan memberi rezeki kepada semua wanita diluar sana yang masih belum dikurniakan zuriat. Banyak kisah yang saya pelajari selama 5 tahun mennati kehadiran cahaya mata. Doa saya sentiasa mengiringi wanita2 diluar sana.

Thursday, April 14, 2011

Rezeki yang tidak dijangka

Saya mencari kekuatan untuk menulis di blog ini. Blog yang menjadi tempat saya mencurahkan idea dan rasa hati. Sudah lama tidak menulis kerana kesibukkan kerja dan pelbagai tanggungjawab yang dipikul akahir-akhir ini.


Bagi yang biasa membaca blog ini, pasti sudah tahu akan status diri saya yang belum dikurniakan zuriat. Perkahwinan yang sudah hampir menjangkau 5 tahun ini tidak pernah putus dari doa dan impian untuk memiliki zuriat sendiri.


Akhirnya dengan takdir Allah swt pada pagi 26 MAC yang lalu saya disahkan hamil oleh doktor. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut saya dan suami. Dalam hati saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Diluar, air mata saya turun bagai hujan di pagi hari. Langsung tiada malu saya berdepan dengan doktor ketika itu. Suami yang sama-sama terkejut menepuk-nepuk tangan saya. Alhamdulillah.


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan seseungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al Baqarah; 45)

Pada mulanya saya ke klinik pada malam tersebut kerana saya sakit perut, meskipun saya baru terlewat period saya sebenarnya telah membuat ujian kehamilan di rumah, tetapi ntahla saya tidak pasti dan menyimpan saja perasaan tersebut. Saya pernah mengalami banyak kali kekecewaan sebelum ini. Oleh itu, saya tidak pernah berharap namun doa saya tetap panjatkan sepanjang masa.


Minggu ini genaplah 2 bulan saya hamil. Saya sangat terharu dan merasa kerdil kepad Allah swt atas kurnianNya, benarlah, Allah akan beri apa yang kita mahu sama ada cepat atau lambat. JIka sebelum ini saya dan suami menghabiskan beribu-ribu ringgit mendapatkan rawatan pakar, kini dengan izin Allah, tanpa semua itu saya hamil semula jadi dengan izin Allah. Saya berkongsi rasa kasih sayang dan bahagia ini dengan ibu . Menangis saya dibuatnya....saya mendoakan sahabat saya M akan sama merasai saat ini pada suatu masa kelak. saya mendoakan semua wanita yang telah berkahwin di dunia ini diberi zuriat. Benarlah kata seorang rakan saya yang saya pegang hingga kini 'bersangka baik dengan Allah swt'.


Alalh tahu bila dan ketikanya rezeki itu akan datang kepada kita. Teruskan berusaha dan berdoa. Doakan saya agar saya dapat hamil hingga sampai waktu melahirkan anak ini. Doakan saya juga tidak mengalami alahan dan sikap yang buruk semasa hamil dan selepas bersalin nanti. Hati saya sangat sebak ketika ini....


Allahu Akbar!!!!


Friday, March 18, 2011

Teringat

ntah kenapa, saya sangat teringatkan abah...ingat sangat.....air mata jatuh berderai-derai....Al Fatihah untuk Abah.

Friday, February 25, 2011

Sakit

Lama sunggh tidak menjengah ke blog. Saya kurang sihat, mungkin kerana cuaca yang panas dan hujan tiba-tiba. Tekak menjadi kering. Batuk berkahak, masalahnya kahak tidak mahu keluar ianya menyebabkan rasa susah untuk bernafas. Saya yang sememangnya ada lelah manjadi menderita sedikit. Saya baru bercuti sakit 2 hari. namun kena juga gagahi bekerja memandangkan minggu ini ada Bengkel bersama pelajar pada hari Sabtu.
Agaknya kerana sudah semakin tua..maka sistem badan pun menjadi lemah...alahai ....dalam hati berdoa, janganlah ada yang tak baik..saya masih berusaha untuk mendapatkan cahayamata.

Friday, January 28, 2011

PROGRAM PERTAMA

Sahabat saya sedang menerangkan sesuatu kepada pelajar

Para pelajar tekun mendengar taklimat selepas membuat ujian



Pada 25 Jan 2011 yang lalu, saya berjaya menganjurkan program yang pertama bagi tahun 2011. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar amat menggalakkan. Hampir seribu orang hadir semasa program ini untuk menjalani ujian personaliti yang saya kendalikan dengan bantuan sahabat-sahabat yang pakar dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Friday, January 21, 2011

SEMINAR REMAJA DAN SEKSUALITI



Saya sedang menguruskan satu program iaitu Seminar Remaja dan Seksualiti. Sesuai untuk remaja yang saya hadapi hari-hari....isus-isu cinta serta dilema yang pelbagai. Rasa ingin membantu serta berdakwah mengebu-gebu dalam diri ini. Moga-moga mereka memperolehi manafaat dari program ini nanti. Insya Allah.