Thursday, April 14, 2011

Rezeki yang tidak dijangka

Saya mencari kekuatan untuk menulis di blog ini. Blog yang menjadi tempat saya mencurahkan idea dan rasa hati. Sudah lama tidak menulis kerana kesibukkan kerja dan pelbagai tanggungjawab yang dipikul akahir-akhir ini.


Bagi yang biasa membaca blog ini, pasti sudah tahu akan status diri saya yang belum dikurniakan zuriat. Perkahwinan yang sudah hampir menjangkau 5 tahun ini tidak pernah putus dari doa dan impian untuk memiliki zuriat sendiri.


Akhirnya dengan takdir Allah swt pada pagi 26 MAC yang lalu saya disahkan hamil oleh doktor. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut saya dan suami. Dalam hati saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Diluar, air mata saya turun bagai hujan di pagi hari. Langsung tiada malu saya berdepan dengan doktor ketika itu. Suami yang sama-sama terkejut menepuk-nepuk tangan saya. Alhamdulillah.


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan seseungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al Baqarah; 45)

Pada mulanya saya ke klinik pada malam tersebut kerana saya sakit perut, meskipun saya baru terlewat period saya sebenarnya telah membuat ujian kehamilan di rumah, tetapi ntahla saya tidak pasti dan menyimpan saja perasaan tersebut. Saya pernah mengalami banyak kali kekecewaan sebelum ini. Oleh itu, saya tidak pernah berharap namun doa saya tetap panjatkan sepanjang masa.


Minggu ini genaplah 2 bulan saya hamil. Saya sangat terharu dan merasa kerdil kepad Allah swt atas kurnianNya, benarlah, Allah akan beri apa yang kita mahu sama ada cepat atau lambat. JIka sebelum ini saya dan suami menghabiskan beribu-ribu ringgit mendapatkan rawatan pakar, kini dengan izin Allah, tanpa semua itu saya hamil semula jadi dengan izin Allah. Saya berkongsi rasa kasih sayang dan bahagia ini dengan ibu . Menangis saya dibuatnya....saya mendoakan sahabat saya M akan sama merasai saat ini pada suatu masa kelak. saya mendoakan semua wanita yang telah berkahwin di dunia ini diberi zuriat. Benarlah kata seorang rakan saya yang saya pegang hingga kini 'bersangka baik dengan Allah swt'.


Alalh tahu bila dan ketikanya rezeki itu akan datang kepada kita. Teruskan berusaha dan berdoa. Doakan saya agar saya dapat hamil hingga sampai waktu melahirkan anak ini. Doakan saya juga tidak mengalami alahan dan sikap yang buruk semasa hamil dan selepas bersalin nanti. Hati saya sangat sebak ketika ini....


Allahu Akbar!!!!


Friday, March 18, 2011

Teringat

ntah kenapa, saya sangat teringatkan abah...ingat sangat.....air mata jatuh berderai-derai....Al Fatihah untuk Abah.

Friday, February 25, 2011

Sakit

Lama sunggh tidak menjengah ke blog. Saya kurang sihat, mungkin kerana cuaca yang panas dan hujan tiba-tiba. Tekak menjadi kering. Batuk berkahak, masalahnya kahak tidak mahu keluar ianya menyebabkan rasa susah untuk bernafas. Saya yang sememangnya ada lelah manjadi menderita sedikit. Saya baru bercuti sakit 2 hari. namun kena juga gagahi bekerja memandangkan minggu ini ada Bengkel bersama pelajar pada hari Sabtu.
Agaknya kerana sudah semakin tua..maka sistem badan pun menjadi lemah...alahai ....dalam hati berdoa, janganlah ada yang tak baik..saya masih berusaha untuk mendapatkan cahayamata.

Friday, January 28, 2011

PROGRAM PERTAMA

Sahabat saya sedang menerangkan sesuatu kepada pelajar

Para pelajar tekun mendengar taklimat selepas membuat ujian



Pada 25 Jan 2011 yang lalu, saya berjaya menganjurkan program yang pertama bagi tahun 2011. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar amat menggalakkan. Hampir seribu orang hadir semasa program ini untuk menjalani ujian personaliti yang saya kendalikan dengan bantuan sahabat-sahabat yang pakar dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Friday, January 21, 2011

SEMINAR REMAJA DAN SEKSUALITI



Saya sedang menguruskan satu program iaitu Seminar Remaja dan Seksualiti. Sesuai untuk remaja yang saya hadapi hari-hari....isus-isu cinta serta dilema yang pelbagai. Rasa ingin membantu serta berdakwah mengebu-gebu dalam diri ini. Moga-moga mereka memperolehi manafaat dari program ini nanti. Insya Allah.

Wednesday, January 19, 2011

MAAF...

Assalamualaikum wbt.
Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog ini. Ya Allah, kesibukkan yang teramat. Meskipun saya sudah membuka akaun Facebook, namun tidak mampu saya untuk update memandangkan kesibukan yang menghambat.

Oh ya, ditempat baru ini saya merasa sedikit lega sebab berdekatan dengan rumah. Jadi tak perlulah meminta suami hantarkan sekiranya ada program jemputan dari pelajar pada sebelah malam mahupun hujung minggu. Rasa seronok sangat sebab saya boleh uruskan masa sendiri.

Meskipun terdapat beberapa kekangan antaranya tiada staff sokongan untuk membantu, namun saya sangat selesa dengan apa yang saya lakukan. Saya boleh memberi fokus kepada minat dan keutamaan saya iaitu membantu pelajar.

Nanti saya akan masukkan pic yang sesuai bila masa mengizinkan. Insya Allah.

Friday, December 24, 2010

HIJRAH

Lama sungguh tidak up date blog ini. Saya baru pulang dari bercuti ke Bandung bersama sahabat baik. Memnag menginsafkan bila ke tempat orang. Rasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Melihat kehidupan kanak-kanak di Jakarta membuatkan hati menjadi sebak teramat.

Ada masa saya akan ceritakan tentang Jakarta dan Bandung. Saya telah mula bertukar ke kampus lain. Mencuba di tempat baru dan kebetulan saya membeli rumah di Puncak Alam membuatkan saya berbesar hati untuk berkhidmat di kampus baru ini. Doakan saya dapat berkhidmat dengan baik di sini.

Ada peluang saya kan upload gambar pejabat baru saya di sini. Insya Allah.