Sunday, March 22, 2009

CUTI YANG MEMBOSANKAN

Sepatutnya waktu cuti sekolah baru-baru ini, saya merancang untuk berehat-rehat luar dari kesibukan rutin harian yang membosankan. Namun siapalah saya yang hendak melawan perancangan Allah yang ternyata lebih hebat. Suami, Mr A demam hampir seminggu, beliau alah pada belacan dan akhirnya menyebabkan beliau selsema dan sakit kepala kemudian demam. Penangan nasi lemak yang beliau makan di pasar pagi tu. Memang sedih...inilah cuti yang paling membosankan. Saya hanya berehat di rumah, mengemas, mencuci dan kerja-kerja lain.

Friday, March 13, 2009

LA TAHZAN

LA TAHZAN ~ BERSABARLAH !
Ustaz mengajar anak murid monolog.


Ustaz: "Berapa banyak NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu selama ini ?"
Murid: "terlalu banyak."

Ustaz: "Sudah berapa lama Allah berikan kamu kesihatan, dan baru sekarang kamu merasa sakit?"
Murid: "sudah 40 tahun aku sihat, dan baru satu tahun aku sakit."

Ustaz: "Sepanjang hidup kamu, berapa kali kamu

jatuh?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 10 kali".
Ustaz: "Selama 20 tahun kamu memandu dalam keadaan senang, berapa kali kereta kamu rosak?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 5 kali".
Ustaz: "Selama 40 tahun kamu menikmati makan dan minum, berapa lama kamu tidak mampu menikmatinya sekarang"?
Murid: "Baru setahun".
Ustaz: "Selama 20 tahun kamu bekerja, berapa lama kamu menghadapkan wajahmu kearah kiblat".
Murid: "Selalu juga saya terlepas".

Ustaz: "Andainya saya berikan RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebiji mata kamu, adakah kamu sanggup menyerahkannya?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup."

Ustaz: "Andainya saya berikan kamu RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebelah tanganmu, adakah kamu sanggup?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup".

Ustaz: (sambil tertawa kecil) "Sudah 5 tahun, kamu menggunakan hp, baru beberapa hari ini kamu tidak lagi dapat menggunakan hp ... dan 10 tahun yang lalu, kamu langsung tidak ada hp."
Murid: (diam membisu)
Ustaz: "Ini bermakna, NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu MAHA BANYAK. Tidak terhitung ! Namun, sebagai HAMBA ALLAH, kewajipan kita ialah untuk mentaati setiap perintah Allah. Jangan tinggalkan SOLAT, inilah soalan pertama yang akan ditanya diakhirat kelak, jangan lupakan AL QURAN, bacalah, fahamilah, hayatilah ... dan yang terpenting adalah MELAKSANAKAN SETIAP HUKUM NYA didalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan NEGARA !

Kelihatan para jemaah tidak mengangkat wajah ...

Ustaz: "Bersabarlah, banyakkan beristighfar, LA TAHZAN ... JANGAN BERSEDIH, terimalah ketentuanNYA, anggaplah ujian ini adalah untuk membersihkan diri kita, yang banyak melakukan dosa dan maksiat, ingatlah, TIDAK BERSOLAT juga adalah MAKSIAT!


** diambil dari Blog Abang Long http://novelman.blogspot.com

Sunday, March 8, 2009

DUGAAN

Benarlah dalam hadith, nabi menyatakan fitnah terbesar yang ditinggalkan adalah wanita.

Betapa besarnya pengaruh wanita...wanita bila ia taat pada agama dan suaminya maka mudahlah dia memasuki mana-mana pintu syurga. Namun wanita juga mudah menyeret lelaki seperti bapa, suami ,abang dan anak-anak lelakinya ke neraka kerana perbuatannya.

Saya melihat betapa besarnya ujian kepada bapa dan ibu mertua saya dalam menghadapi situasi pada masa ini. Mereka berdepan dengan dugaan atas kasih sayang yang mereka berikan kepada anak yang dibesarkan.

Saya berdoa, mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan bersabar dengan apa yang berlaku. Mungkin pada masa inilah, paling sesuai untuk kita memuhasabah diri dan menilai apa yang mungkin pernah kita lakukan. Allah itu maha pengampun dan penyanyang. Semoga jalan-jalan menuju kerdehaanNya dapat kita capai. Insya Allah