Thursday, April 14, 2011

Rezeki yang tidak dijangka

Saya mencari kekuatan untuk menulis di blog ini. Blog yang menjadi tempat saya mencurahkan idea dan rasa hati. Sudah lama tidak menulis kerana kesibukkan kerja dan pelbagai tanggungjawab yang dipikul akahir-akhir ini.


Bagi yang biasa membaca blog ini, pasti sudah tahu akan status diri saya yang belum dikurniakan zuriat. Perkahwinan yang sudah hampir menjangkau 5 tahun ini tidak pernah putus dari doa dan impian untuk memiliki zuriat sendiri.


Akhirnya dengan takdir Allah swt pada pagi 26 MAC yang lalu saya disahkan hamil oleh doktor. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut saya dan suami. Dalam hati saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Diluar, air mata saya turun bagai hujan di pagi hari. Langsung tiada malu saya berdepan dengan doktor ketika itu. Suami yang sama-sama terkejut menepuk-nepuk tangan saya. Alhamdulillah.


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan seseungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al Baqarah; 45)

Pada mulanya saya ke klinik pada malam tersebut kerana saya sakit perut, meskipun saya baru terlewat period saya sebenarnya telah membuat ujian kehamilan di rumah, tetapi ntahla saya tidak pasti dan menyimpan saja perasaan tersebut. Saya pernah mengalami banyak kali kekecewaan sebelum ini. Oleh itu, saya tidak pernah berharap namun doa saya tetap panjatkan sepanjang masa.


Minggu ini genaplah 2 bulan saya hamil. Saya sangat terharu dan merasa kerdil kepad Allah swt atas kurnianNya, benarlah, Allah akan beri apa yang kita mahu sama ada cepat atau lambat. JIka sebelum ini saya dan suami menghabiskan beribu-ribu ringgit mendapatkan rawatan pakar, kini dengan izin Allah, tanpa semua itu saya hamil semula jadi dengan izin Allah. Saya berkongsi rasa kasih sayang dan bahagia ini dengan ibu . Menangis saya dibuatnya....saya mendoakan sahabat saya M akan sama merasai saat ini pada suatu masa kelak. saya mendoakan semua wanita yang telah berkahwin di dunia ini diberi zuriat. Benarlah kata seorang rakan saya yang saya pegang hingga kini 'bersangka baik dengan Allah swt'.


Alalh tahu bila dan ketikanya rezeki itu akan datang kepada kita. Teruskan berusaha dan berdoa. Doakan saya agar saya dapat hamil hingga sampai waktu melahirkan anak ini. Doakan saya juga tidak mengalami alahan dan sikap yang buruk semasa hamil dan selepas bersalin nanti. Hati saya sangat sebak ketika ini....


Allahu Akbar!!!!