Friday, December 19, 2008

CUTI

Saya akan bermula cuti rehat pada 22 Disember ini. Selama seminggu.... Saja nak menenangkan fikiran dan berehat setelah puas bekerja dalam tahun 2008 yang penuh cabaran ini.
Destinasi...Pantai Timur... Saya dan suami amat suka lautnya yang membiru...

Friday, December 12, 2008

TAHNIAH BUAT RAKANKU

Alhamdulillah..saya mendapat khabar dari rakan, bahawa beliau sudah mengandung. Beliau juga seperti saya, sudah lama meninginkan zuriat sendiri setelah hampir 3 tahun berkahwin. Saya mendoakan belaiu dan anak sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Saya juga meminta beliau mendoakan saya agar turut mendapat zuriat. Amin.

Friday, November 28, 2008

SKT

Hari ini hari terakhir kena submit SKT...saya petang-petang semalam sudah submit, sebab malas nak fikir-fikir lagi.

Argghh....penilaian manusia..saya tidak peduli (pinjam kata -kata seorang rakan "dunia jer semua tuee") Kita jarang boleh memuaskan hati semua orang. Lalu apabila mengadap bos, saya beritahu apa yang saya buat pada tahun ini disertai laporan-laporan saya.

Saya percaya pandangan Allah kepada saya lebih penting dari penilaian manusia. Bukan tidak berfikir untuk mendapat markah yang tinggi, tetapi saya lebih tertumpu kepada apa yg saya beri itu sama ada berkesan atau tidak untuk orang lain.

Saya memohon ampun dari Allah atas kedhaifan dan dosa-dosa saya.

Kenalan baru

Saya sudah lama tidak membuat sebarang penambahan baru Dalam blog ini. Kesibukkan yang menghimpit..ntahla.
Semasa nak memasukkan entri baru sebentAr tadi, saya menerima e-mel dari Pn Nurazzah salah seorang bloggers yg saya link kan dari blog saya (saya mohon maaf kerana tidak meminta izin beliau terlebih dahulu). Entrinya saya bermanfaat, paling saya suka mengenai topik beliau menghadiri kursus untuk suami isteri. bestnyaa...rasa jealous juga. Namun begitu, bila saya cuba membuka entri beliau, tidak dapat melihat apa2 jua paparan. Ada ubah suai ke Puan Nurazzah?
Maklumlah, blog saya ini simple sahaja dan saya masih dalam peringkat belajar lagi, jadi tak tahu macam mana nak reply komen yg ditinggalkan...aduhaii..jahillnya saya. Katanya saya pengunjung bertuah...hahahah....kelakar pulak sebab saya ni tak pernah menang walau sekalipun dalam cabutan bertuah sejak sekolah hingga masuk U dan kemudian bekerja.
Kepada Pn. Nurazzah, terima kasih kerana sudi melayari blog saya (saya nak belajar macam mana nak 'trace' orang yg ziarah blog ni)...semoga persahabatan dan perkenalan kita memberi kebaikkan dunia dan akhirat.

Friday, November 7, 2008

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..bersyukur di atas Rahmat dan kasih sayang Allah. Pagi ini semasa menyemak permohonan pertukaran suami ke Selangor, saya mendapati permohonan kali ke 4 atau 3 ini berjaya. Saya memeluk seorang staff dan seorang rakan yang hampir dengan saya ketika itu. Sayu dan sebak memenuhi hati saya...air mata gugur dengan laju.
Setelah hampir 3 tahun kami tinggal berasingan, akhirnya doa kami diperkenan Allah.
Betapa inilah hadiah paling manis dan berharga yang saya terima dan tunggu-tunggu selama ini selain doa agar dapat memperolehi zuriat.
Terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat yang menyokong dan individu yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan, dorongan dan doa kalian.

RAHMAT DI SEBALIK SESUATU PERISTIWA




Dalam seminggu nie macam-macam persitiwa berlaku. Antarnya kematian AYah Din di Taiping, aku terhantuk bucu tandas, dan dinner di pejabat.

Namun segalanya ada hikmah tersembunyi. Allah telah menyusun atur dengan baik sekali segala yang berlaku, bermula dari rasa kurang enak untuk menghadiri majlis makan malam yang aku sifatkan sesuatu yang kurang aku gemari. Bukan aku anti sosial, tetapi dalam lingkungan adab dan keimanan banyak sangat perkara-perkara syubhat dalam majlis seperti itu (pengalaman-pengalaman sebelum ini). Malah dalam Islam kita diajar, sekiranya syubhat, eloklah ditinggalkan. Allah mengaturnya dengan baik, pagi yang sama Ayah Din meninggal.
Sebenarnya dahulu, semasa sejaka zaman belajar setiap kali dinner yang diwajibkan (oleh penganjur) mereka mengatakan ini program wajib (kalau tak pergi, kena tindakan), pasti ada pelbagai unsur yang kurang enak. Bermula dengan nyanyian yang tak putus-putus, tari menari, kaum wanita yang memperagakan pakaian dan kecantikan sentiasa melimpah-limpah di depan mata ini. Aduhaiii..betapa naif dan kurangnya pengetahuan agama mereka tentang hukum Allah.

Aku sedang berusaha menghabiskan buku Aisyah Ummul Mukminin Keanggunan Sebenar. Betapa jauhnya aku dengan peribadi Aisyah isteri Rasulullah saw. Buku ini menceritakan bagaimana cantiknya Aisyah dalam 'darjahnya' yang tersendiri.

Tidak seperti saya atau kaum wanita hari ini, keanggunan adalah berdasarkan pakaian, hiasan yang cantik-cantik. Malah ada yang sanggup diekspolitasikan untuk tujuan tertentu. Malah ditutup dengan alasan untuk mudah dikenali, menimba pengalaman serta ini tanggungjawab. Alasan-alasan ini tidak wajar untuk dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan cara.

Seperti dalam firman Allah:
"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu" 12

Kadang kala saya seperti tiada kekuatan untuk memberi teguran kepada golongan ini. Namun apabila mendengar ceramah Ustaz Zahazan di IKIM, takkan lah kita hanya mengutuk dalam hati sesuatu kemungkaran itu??

Saya berdoa sahabat-sahabat saya, ahli keluarga, pelajar saya terhindar dari perbuatan yang nampak elok tetapi mengundang kemurkaan Allah lantaran maksiat yang terkandung dalam setiap perkara itu.




























































Tuesday, November 4, 2008

ABAH DAN MAK

Gambar raya aidilfitri baru-baru ini. Mak dan abah bersama cucu-cucunya.


Sudah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog ini. Kesibukkan yang terlampau kadang-kadang mencuri masa untuk diri sendiri juga. Argh..jemunya kerja. Kalau boleh nak saja berhenti pada usia mencapai 30 tahun nanti...heheheh.
Baru-baru ini semasa pulang ke rumah abah dan mak, abah merungut tentang kereta saya. Buat pengetahuan, saya mempunyai kenderaan jenis Kancil yang saya beli semasa berkhidmat di Sarawak dahulu. Abah kata sudah samapi masanya saya menukar kereta. Saya dengan berseloroh menjawab "inilah teman saya masa sorang-sorang dulu".
Mak dan abah sebenarnya bukanlah orang yang cerewet, tetapi saya mengetahui mereka terlalu banyak memasang impian. Abah terutamanya. Saya memahami kerana mereka amat susah semasa membesarkan kami 5 beradik dulu. Jelas setelah saya, kakak dan adik sudah bekerja, maka beliau memasang impian pelbagai yang kadang kala menyebabkan hati saya terusik (sama ada sebak atau geram).
Abah suka pada kereta Honda, dan buat masa ini saya masih belum mampu memilikinya akibat pelbagai komitmen yang lain. Namun saya sentiasa berdoa bila sampai masanya nanti, abah pasti dapat merasai menaiki kenderaan itu hasil duit saya. Insya Allah.
Walaupun abah menderita dengan penyakit buah pinggang yang dialaminya hampir 6 tahun yang lalu, saya tahu beliau telah banyak berjasa kepada kami. Terutama dengan personalitinya yang tegas (mungkin semasa zaman kanak-kanak saya lebih senang dengan istilah garang) beliau mampu mendidik kami dengan asuhan dan tarbiyah agama yang baik. Semasa darjah 6 saya sendiri sudah mula bertudung sepenuhnya. Kakak-kakak saya lagilah mendahului saya. Kami 5 beradik sering mencuri mendengar dari sebalik tirai semasa abah dan rakan-rakannya mengadakan usrah dirumah dulu. Dari situ saya bayak memahami dan belajar beberapa perkara. Paling mudah saya lebih banyak memahami secara praktikal dari aspek teori yang diajar. Saya bukanlah terbaik, tetapi saya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Bukan untuk dilambung pujian oleh orang-orang lain , tetapi untuk diri sendiri yang terlalu banyak dosa dan kekurangannya ini.
Bagi saya lelaki sebagai suami dan bapa adalah tonggak dalam sebuah keluarga. Sebelum berkahwin atau selepas berkahwin suami wajib mempelajari dan memahami tuntutan agama dan wajib pula mendidik dan menyampaikan kepada anak-anak dan isterinya. Suami dan bapa bukan sekadar memberi makan, pakaian dan tempat tinggal, tetapi menuntut lebih dari itu. Semasa di akhirat kelak, ada 4 golongan lelaki yang ditarik wanita jika gagal menyampaikan didikan kepada kaum keluarga terutama wanita. Begitu juga kaum wanita, janganlah sekadar mengatakan sayang pada suami, kasih pada bapa tetapi secara tidak langsung 'menghantar' mereka ke neraka dek perbuatan kita yang tidak menutup aurat sepenuhnya, tidak solat dan sebagainya. Jika kita sayang sesuatu, mestilah buktikan melalui perbuatan kita kepadanya. Terlalu ramai di antara kita yang tidak memahami hal ini kerana berpegang kepada logik akal sahaja.
Saya berdoa, abah dan mak sentiasa dipanjangkan usia dan dapat melihat kami adik beradik menuai hasil yang mereka tanam sejak berpuluh tahun dahulu. Amin!

























Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN

Semakin menuju ke arah lebaran, hati semakin berdebar-debar...tahun ini semua kami 5 beradik berkumpul di rumah abah dan mak di Segambut, KL...tak sabar nak tunggu pagi raya bersalamam mohon ampun dan maaf bersama keluarga.

Di pejabat suasana Aidilfitri semakin panas terasa. Rakan-rakan sudah tiada mood untuk bekerja..sibuk macam-macam cerita nak balik beraya. Ada yang ambil separuh hari lagi waktu kerja hari nie...semua dah terbayang kampung halaman dan kemeriahan berkumpul bersama adik beradik.

Saya akan mula bercuti pada Selasa ini...Saya memohon ampun maaf sepanjang perkenalan ini jika menyentuh hati dan menyinggung mana-mana pihak. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan di Syawal ini

Thursday, September 11, 2008

Sahabat


Dua Rakan yang banyak mendatangkan keceriaan hari-hari saya
Sudah lama tidak memasuki blog ini lantaran kesibukan dan juga pelbagai urusan sepanjang proses perpindahan baru-baru ini. Ditambah pula kesihatan yang tidak berapa baik kebelakangan ini...arghh..sesungguhnya Allah menguji hambaNya di bulan Ramdhan ini.
Mujur saya dikelilingi rakan dan juga sahabat yang sangat mengambil berat. Tidak terhingga saya berterima kasih kerana kebaikkan mereka yang mengambil berat akan diri saya yang selalu keseorangan semasa di rumah (maklumlah, berjauhan dengan Mr. A).
Kadang kala bila menangis diam-diam pun mereka sudah tahu...alahaiii...cepat benar kami mencipta kemesraan ini. Saya yang agak gila-gila dan kadang kala agak 'tidak berapa segar' boleh buat mereka pening..kesian sungguh!
Saya berdoa rakan-rakan saya ini M dan L akan sentiasa berada dalam kesejahteraan dan dikurniakan zuriat yang soleh. Saya panjangakan doa ini setiap kali sudah solat untuk mereka dan tentunya untuk saya juga.






















Thursday, August 7, 2008

KESIAN KANCILKU...

Semalam petang semasa pulang dari kerja, kereta saya telah dilanggar oleh pelajar dari arah tepi. Pada waktu itu saya hanya bergerak menggunakan gear satu memandangkan ramai pelajar yang baru keluar dari kuliah. Behitu juga dengan kenderaan-kenderaan dihadapan dan belakang saya. Ntah mana datangnya sebuah motor dari simpang kanan menghentam kereta saya dari tepi....paling saya geram penunggang perempuan dan pemboncengnya langsung tidak berhenti biarpun saya ada memberi isyarat untuk ketepi bagi mengetahui kenapa mereka langgar kereta saya...pelik sungguh budak-budak nie.

Saya bersangka baik ingatkan mereka nak berhenti dan mohon maaf (maklumlah ramai orang tengok), mana tahu mereka terus pecut pergi....dalam hati saya marah juga.. tapi takkan nak kejar pula. Geram dan tak tertahan saya membebel sorang-sorang. Tambah pula saya memang tak sempat nak melihat no plat motor tersebut.

Itulah dia manusia, sudah terang masih mampu melarikan diri bila buat silap, inikan pula jika tiada orang yang melihatnya...

Kasihan kancil saya tue..habis calar balar, kemek sikit dan cat motor pelajar itu melekat pada pintu belakang....

Monday, August 4, 2008

REZEKI

Alhamdulillah akhir-akhir ini ada sedikit rezeki yang terlebih yang Allah berikan. Bermula dapat mengeluarkan wang dari caruman KWSP untuk pembiayaan rumah, diikuti dengan bayaran sebagai fasilitator untuk bengkel dan juga bayaran sebagai penceramah jemputan. Alhamudlillah...lalu saya panjangkan rezeki ini kepada beberapa individu yang saya rasa amat saya hargai dan kewajaran mereka merasai rezeki yang saya terima ini.

Semoga Allah, memberkati dan merahmati diri dan rezeki saya ini. Amin.

Friday, August 1, 2008

Alangkah dalamnya maksud...

Pagi ini saya mendapat sebuah sajak dari seorang kawan yang diberikan khusus untuk suaminya. Saya sangat tersentuh dengan sajak ini meskipun ianya menggunakan bahasa yang simple dan mudah. Begitu dalam maksudnya....Benarkah kadang kala kita begini??



Khas untuk mu Sayang
CINTA BUKAN DI MATA


Akan tiba masanya
Bila isteri "senang' di hati tapi "kurang" di mata
Maklumlah sudah berderet manusia ber"bin" dan ber"binti"kan diri
kehamilan mengikis keterampilan badan
proses melahirkan mengurangkan
darjah keanggunan
bukan sedikit urat-urat seni yang putus saat bersalin
Usia meningkat,
Kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus,
kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang CINTA kita?
Cinta di mata, bertapak di "body"
tapi jika cinta tetap kekal lagi bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
Itulah CINTA SEJATI
(nukilan: Pahrol Md Juoi)

Wednesday, July 30, 2008

Dilema Pelajar Baru

Untuk hari ini ntah yang ke berapa saya menghadapi masalah yang berkaitan dengan pelajar baru...ada yang sangat terkejut apabila berada di sini dan ada juga yang mahu bercuti kerana sudah ketinggalan selama sebulan kerana mendapat tawaran 2nd intake...

Rata-rata mereka datang dengan wajah yang sugul, sayu dan tidak ceria. Rata-ratanya menyalahkan persekitaran yang sangat berbeza berbanding sebelum ini. Lalu..saya kongsikan perasaan mereka dengan individu yang kurang bernasib baik...ada peluang tetapi kemiskinan menghalang. Ada ruang tetapi perlu dikorbankan...

Saya berdoa mereka dapat menjadi orang-orang yang bersyukur dan menganggap ini semua adalah ujian dari Allah swt.

UJIAN

Saya rasa sangat terkejut apabila dimaklumkan unit kami akan distrukturkan semula....arrghh..ramalan saya benar belaka...maknanya selepas ini kami tidak lagi mengkhusus dalam bidang sekarang, tetapi keutamaan sudah menjadi sesuatu yang dilakukan jika mempunyai ruang masa yang lebih.

Saya kadang kala pelik dengan sikap sesetengah individu...bagi mencapai matlamat diri sanggup mengetepikan kepentingan orang lain dan organisasi terutamanya. Dalam hati saya berkira-kira sama ada ini adalah ujian atau satu langkah untuk saya beralih ke bidang lain???

Saya berdoa, moga-moga Allah memberikan petunjuk.....

c

Tuesday, July 29, 2008

Hand Phone baru

Alhamdulillah..baru-baru ni ada rezeki lebih sikit. Saya beli h/p baru untuk diri sendiri. Jenama Nokia Nseries. Tetapi hati rasa berbelah bagi semasa nak membayar sebab agak mahal..namun bila suami mengatkan saya agak susah nak tukar h/p (sama ada saya ni berjimat atau kedekut)..hehehhe..

Lalu saya belikan untuk suami juga. Jenama Sony Ericsson..tersenyum lebar dia mendapat h/p hadiah dari saya (sebenarnya Mr. A lagi tak pernah tukar h/p, h/p nya masih black n white lagi!!) . Hati saya berbunga riang bila lihat dia seronok membelek-belek h/p itu semasa di rumah..sampaikan waktu makan pun dia membelek-belek lagi h/p..macam budak-budak dapat coklat ujar saya kepadanya.

Semasa pulang ke rumah keluarga pula, saya dapati televisyen di rumah abah dan mak sudah rosak. memang sebelum ini saya juga sudah berniat nak belikan televisyen baru untuk mereka.Televisyen lama tersebut macam tau-tau saja, lalu merajuk dan tak menyala lagi....jadi petang Sabtu yang lalu, saya belikan satu televisyen baru jenama Samsung untuk mak dan abah..tak besar, cukuplah sekadar mereka boleh menonton. Saya seronok melihat mereka gembira menerima hadiah saya tue...

Aduhai..duit ini kadang-kadang macam air..tak boleh disekat-sekat....

Tuesday, July 15, 2008

RUMAH

Sejak rumah sewa saya dipecah masuk oleh orang, saya mula menimbang untuk membeli rumah yang agak selesa dan selamat untuk saya dan suami menginap.
Ekoran itu pada hari Sabtu dan Ahad lalu, kami seharian membuat tinjaun dibeberapa syarikat perumahan. Antaranya Sime Darby dan juga menyertai pameran hartanah di MidValley pada hari Sabtu. Namun sayangnya pameran di Mid Valley merupakan satu bentuk pameran yang ternyata kami tidak mampu memilikinya. Apantah lagi semua rumah berharga hanpir RM400,00 ke atas.
Manakala di Sime Darby, kami melihat kawasan yang sedang dimajukan iaitu Bukit Raja. Sekarang ini saya dan Mr. A sedang mencongak-congak bajet yang kami perlu serta hutang-hutang yang ada sekiranya ditolak dengan harga rumah tersebut.
Saya masih dalam keliru dan masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Monday, July 7, 2008

1 Rejab Yang Penuh Ujian

Hari ini 1 Rejab. Namun hari ini saya diuji Allah apabila rumah saya telah dimasuki penceroboh. Senang cakap 'kena pecah' oleh mereka yang tidak ada perikemanusian dan tidak takut pembalasan di akhirat kelak.
Patutlah hari itu saya terasa nak sangat balik ke rumah pada waktu rehat (hari Jumaat rehat agak lama) rupanya Allah memberikan tanda bahawa saya perlu melihat rumah saya itu.
Pintu jeriji telah dipecahkan, begitu juga mangga pintu yang besar tue. Sungguh cekap betul mereka membuat kerja. Saya menelefon suami kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat. Maklumlah seorang diri, saya bimbang jika ada yang masih 'berkampung' di dalam rumah saya itu.
Petang itu bila Mr. A sampai..kami terus ke balai Polis untuk membuat laporan...sesungguhnya Allah akan menguji hati hamba-hambaNya apabila berdepan ujian dan musibah.

Friday, July 4, 2008

Master




Semalam kak yang dan suaminya menghantar sms kepada saya bertanya bila saya nak buat Master. Arggh..tidak perlu terburu-buru bagi saya. Komitemen saya terlalu banyak kini. Saya tidak mahu terlalu gelojoh...lalu saya katakan pada mereka, sampai masa dan ketika saya akan belajar semula.


Hari ini saya mengambil peluang membuka beberapa website IPTA yanga da menawarkan peluang untuk mengambil Master dalam bidang yang saya ingini. Sebenarnya, selepas tamat belajar pada 2004 saya sudah pun mendapat tawaran untuk ke UM dan UKM bagi menyambung pengajian. Namun ketika itu saya diuji oleh Allah tawaran kerja di Sarawak dari majikan saya kini.


Lalu saya menangguhkan Master bagi merebut peluang dalam kerjaya. Namun semangat itu tidak pernah padam meskipun sudah beberapa tahun berlalu.


Saya mengintai peluang, ruang dan kemampuan saya ketika ini...aarrhh...untuk menunggu biasiswa adalah sukar. Terlalu ramai yang akan bersaing dan bidang saya ini jarang sekali mendapat tempat. Adakalanya satu kekosongan dan perlu berebut dengan senior-senior lain. Apantah lagi saya sebenarnya tidak mahu terikat dengan majikan dan perlu membayar 'budi' mereka denagn kekal berkhidmat di sini sehingga satu tempoh masa tamat. Bukankan kehidupan ini sukar diramal?? Namun yang paling jujur, saya tidak reti untuk berebut dengan orang lain.


Kepada suami, Mr. A saya katakan padanya tentang cita-cita saya...dia menyokong saya, malah dia juga mahu menyambung belajar lagi. Sementara tiada anak mungkin saya perlu merebut peluang ini. Namun apabila kami tidak duduk sekali menyebabkan agak sukar untuk meneruskan hasrat ini. Hujung minggu jika tiada aktiviti dengan pelajar atau arahan bertugas, saya mahu bertemu suami dan meluangkan masa untuk Mr A.


Saya memohon Allah swt memberi petunjuk kepada saya dalam membuat pilihan ini....



Tuesday, July 1, 2008

BUAT PEJUANGKU

Sebuah puisi yang diambil semasa zaman 'muda-muda dulu'

BUAT PEJUANG

Buat pejuang tersayang

Diri ini kan menemani perjuanganmu
Kudrat ini kan mengiringi usahamu
Semangat ini kan terus menggerakkanmu
Hati ini kan mendoakan kejayaanmu

Namun aku bukan bandingan Siti Khadijah
Kau juga bukan bandingan Rasulullah
Kita hanya insan biasa
Terikat dengan cinta ini
Terikat dengan kasih ini
Hanya kerana perjuangan yang satu
Yang dalam perjalanannya
Penuh tentangan dan cabaran
Penuh nafsu dan keinginan

Kuletakkan amanah
Dan kepercayaan ini padamu
Pejuangku yang tersayang
Untuk memimpinku dalam kembara ini
Moga kita kan dapat mengharunginya
Disatukan akhirnya atas namanya
Bersama dalam perjuangan
Hingga ke Jannah ikatan berkekalan

”Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih
Suburkan cinta ini selama mana ia
Disuburkan dijalanmu,
Dan peliharalah iman kami daripada
hancur kerananya..”

KESIBUKAN

Kesibukan semakin menjadi akhir-akhir ini. Banyak tugas dan program yang perlu dibereskan sebelum awal September (Ramadhan).
Benarlah, masa lapang sebelum sibuk.

Tuesday, June 24, 2008

CERAMAH




Hari ini saya akan menyampaikan ceramah untuk bakal-bakal pesara dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Jantung rasa berdebar-debar. Saya sendiri baru sahaja menandatangani persetujuan berpencen di kala usia 56 tahun. Cukuplah bagi saya tempoh bekerja waktu itu dan saya berharap dapat melakukan sesuatu yang saya sukai tanpa perlu terikat dengan dasar atau pun matlamat organisasi yang sentiasa berubah-ubah dan semakin meningkat.


Bagi saya apabila bekerja sehingga hujung usia, kita mesti bekerja bersungguh-sungguh. Jika tidak rezeki yang kita terima setiap hujung bulan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Malah saya yakin, meskipun sudah bersara kelak, kesinambungan untuk terus berbakti tidak akan putus...Semoga Allah memudahkannya.

Monday, June 23, 2008

Dia lebih Mengetahui


Pada 20 Jun lalu, keputusan sama ada pertukaran suami untuk mengajar di sekolah di Shah Alam berjaya atau tak diketahui.

Sayu rasa hati bila dimaklumkan beliau gagal untuk kali ke dua memohon..air mata mengalir deras, basah mengenai telefon. Maklumlah kami tidak menggunakan sebarang 'kabel' seperti mana yang biasa orang lain lakukan (lagipun kami tidak kenal sesiapa di atas sana. Saya selalu mengusik Mr. A dengan mengatakan Allah adalah kabel terbesar kita, berdoalah kepadaNya). Tidak cukup kenal orang berpengaruh Mr. A katakan pada ku.

Hati jadi pilu...namun hati berjanji tidak mahu membebankan Mr A dengan pelbagai asakan soalan apabila beliau tiba di rumah. Saya masak beberapa lauk pauk untuk santapan beliau yang saya yakin sedang lapar (beliau selalu tidak makan sebelum menaiki bas ke KL).

Hati jadi sebak melihat kepayahan dan kesusahan beliau berulang alik. Saya berdoa ada hikmah atas dugaan yang Allah berikan kepada kami ini, sesungguhnya Dia lebih Mengetahui.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang
yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45)

AYAT-AYAT CINTA

Akhirnya dapat juga saya menonton filem ini. Memang best dan jalan cerita ringkas. Tidak ada adegan yang panas seperti filem-filem Melayu sekarang. Saya beranggapan, jika cerita sebegini berjaya dilahirkan di sini pasti akhlak muda mudi akan menjadi cantik.

Friday, June 13, 2008

Anak-anak saudara




Semalam saya singgah sebentar di rumah mak selepas pulang dari Hospital. Kebetulan kak yang dan anak-anak kembar dan yang baby dia yang baru lahir baru saja tiba. Suaminya akan ke Sarawak hari ini untuk menyertai perlawanan sukan antara Universiti.

Seronok bila sesekali dapat berbual, bermain-main dan melayan kerenah anak-anak saudara (anak akak, abang dan kak yang). Cepat benar mereka membesar. Budak-budak memang lasak dan aktif walaupun kadang-kala boleh naik darah dibuatnya, tetapi dah namanya budak-budak....kalau tak menangis, berebut mainan, bertanya 1001 soalan, menjerit memang tak sah. Bergegar rumah mak abah dek cucu-cucunya itu.
Melihat mereka membesar dengan baik, penuh kasih sayang dan didikan agama, hati jadi puas...anak-anak ini, kitalah yang mencorakkanya, dengan pengaruh pelbagai budaya yang macam-macam sekarang, alhamdulillah budak-budak nie masih boleh dikawal.
Teringat semasa kami kecil (kami lima beradik ), kami tidak punya mak-mak /ayah-ayah saudara yang rapat dan dekat untuk meraikan kami. Seboleh mungkin saya mahu anak-anak saudara saya, dapat merasakan kewujudan saya. Mengeluarkan sedikit wang untuk mengambil hati mereka bukanlah sesuatu yang boleh membeli hati kanak-kanak mereka. Cukuplah bila dewasa kelak mereka akan ingat dan sayang kepada saya. Itu sudah memadai!

Wednesday, June 11, 2008

AYAT-AYAT CINTA







Aargghh..sekarang ni selain daripada isu kenaikan minyak, semua sedang sibuk memperkatakan tentang Filem Ayat-ayat Cinta. Walaupun tidak menontonnya saya telah melihat pembikinan filem ini. Bagi saya ianya amat menarik, malah lagu yang diselitkan berunsur keagamaan. Malah filem ini juga ada menerbitkan novelnya tersendiri.
Cuma bimbang hanya babak-babak yang best sahaj aditunjukkan semasa pra tonton pembikinan filem ini, tak aplaha..saya akan tunggu cd filem ini keluar dan menontonnya kelak .




Tuesday, June 10, 2008

POPIA BASAH GOMBAK



Ini adalah kuih kegemaran saya. Popia basah. Tapi yang paling sedap pernah saya rasa, adalah di Grenwood, Gombak. Memang sedap. Kadang kala sanggup datang dari Shah Alam semata-mata nak makan Popia basah di situ. Memang sedap, malah suami , ayah dan ibu saya amat menggemarinya. Orang yang membuatnya saya rasa dari Penang (Mamak)..sedap sungguh...dijual dengan harga RM0.50 sen satu.

Rasa tak sabar nak beli lagi...eheheh...

Alhamdulillah...


Sibuk! itulah istilah yang paling tepat menggambarkan situasi saya dipejabat hari ini dan semalam. Rasa tak menang tangan, maklumlah dengan pihak Auditor yang akan datang tak lama lagi, semuanya jadi haru biru.

Semalam saya menerima surat pengesahan aku dalam skim berpencen daripada JPA. Alhamdulillah..seronok..maklumlah dah cukup 3 tahun pada 1 Jun lalu saya bekerja di sini.
Saya sibuk-sibuk isi borang untuk pengeluaran KWSP, bukan untuk suka-suka tapi untuk melabur bagi membeli rumah kelak.

Sesungguhnya setiap kesulitan pasti diakhirnya ada kemudahan. Amin!

Monday, June 9, 2008

Minyak...ooo...minyak



Sudah lama tidak membuka blog..maklumlah cuti sakan dan sibuk dengan kursus untuk staf.

Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan minyak pada 4 Jun yang lalu, saya dan suami macam diserang trauma. Masakan tidak, kami berulang alik setiap hujung minggu untuk bertemu...selepas mendengar Pak Lah (PM) mengumumkan berita tersebut kami termenung panjang...aduhaiii..

Pada malam itu juga, kami cuba nasibuntuk mengisi minyak pada harga lama, malangnya semua stesen minyak penuh dengan kenderaan berbaris menunggu giliran mengisi petrol....waaa...macam pesta saja gayanya.

Aduhai..kini kami perlu merancang startegi baru...mungkin tidak dpat bertemu lagi saban minggu??

Wednesday, May 28, 2008

Sesekali...





Esok Mr. A akan kembali ke kampungnya untuk membantu urusan perkahwinan adiknya pada Sabtu ini. Saya tidak dapat turut serta kerana perlu terlibat dengan program pelajar yang mana ianya akan berakhir pada 31 Mei ini.

Saya hari ni meminta Mr. A membuat 'pau ayam' kegemaran beliau. Ntah kenapa saya teringin hendak makan sejak 2 hari yang lepas. ..akhirnya hampir jam 12.30pm tadi Mr. A datang ke pejabat saya untuk menghantar pau ayam tersebut...kesian dia, sudahlah demam, batuk. Saya pula merengek-rengek nak makan pau ayam. Lihatlah pau ayam Mr. A...hehheh..Pau ayam orang demam. Tapi sungguh, saya amat terharu dan rasa disayangi.

Sungguh, sesekali saya adakalanya saya 'merap' dan minta sesuatu darinya. Tapi saya tahu, itu bukan memaksa, cuma inginkan perhatian sahaja, maklumlah kami tinggal berasingan...saya habiskan pau ayam yang dibuat untuk saya itu...Alahai..sesekali...

Tuesday, May 27, 2008

2 TAHUN





Hari ini, genaplah 2 tahun usia perkahwinan bersama Mr. A . Malam tadi 'kononnya' nak dinner special di Tanjung Harapan, Port Klang. Tapi alahai..sedihnyaa..indah khabar dari rupa..huhuu...tapi alang-alang dah sampai kami teruskan juga mencuba makanan laut di situ.


Manakala gambar bunga Lily nie pula, ialah bunga yang diberikan oleh Mr. A kepada saya..sebenarnya bukan bagi, saya mintak..hahahha..nielah bunga yang pertama sekali dia beri sejak kami berkenalan seterusnya berkahwin.

Saya fikir 2 tahun terlalu mentah bagi sesuatu untuk diukur. Diibaratkan seperti seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun, sudah boleh berjalan, bercakap dan memahami apa yang dikatakan orang kepadanya. Tetapi analogi mengaitkan umur kanak-kanak dengan usia perkahwinan kami adalah terlalu sukar rasanya malah ianya terlalu subjektif.

Saya masih dalam proses menikmati perkahwinan ini. Hubungan Jarak Jauh dengan suami menyebabkan saya merasakan perkahwinan kami terlalu baru (harapnya Mr. A juga begitu).

Masih belajar memahami rentak perkahwinan dan perangai pasangan (termasuk ahli keluarganya). Alangkah banyakknya yang masih perlu dipelajari dan difahami. Bermula dari masakan, cara bercakap, didikan dan asuhan yang amat berbeza membuatkan saya mula memahami bukan mudah untuk melakukan semua itu. Mr. A pernah berkata kepada saya bila saya kadangkala merungut tidak dapat 'ngam' dengan beberapa saudara maranya " kita bercampur dan bergaul dengan mereka, tetapi kita tidak sama dengan mereka"

Saya yang sudah terbiasa berdikari, didikan yang tegas daripada abah terutama dalam soal hukum agama dan agak kekok bila berhadapan dengan beberapa situasi yang menyebabkan saya rasa pening (bagi saya bapa, suami adalah ketua keluarga dan ahli-ahli lain perlu mendengar dan menghormati apa yang beliau katakan terutama jika ianya melibatkan tuntutan agama dan masih dalam konteks yang tidak bercanggah dengan hukum hakam). Sungguh, saya bukan manusia sempurna. Bila persoalan tentang sikap manusia dilontarkan kepada saya. "Kita cuba fahami dia" itu ayat yang biasa singgah digegendang telinga ini, tetapi saya juga kadangkala menuntut "kenapa dia tidak pula cuba nak memahami saya?" ..aargghh..sebab itulah kadang kala saya cuba mengelak daripada berhadapan dengan suasana yang tidak kondusif(nanti saya kan dituduh pula seperti kera sumbang!).

Saya tidak sempurna dan tidak boleh meniru watak orang lain. Oleh itu saya masih memerlukan masa membina hubungan yang baik dengan ahli keluarga yang lain.

Apa yang saya harapkan semoga perkahwinan kami sentiasa berada dalam keberkatan dan berpanjangan. Sesungguhnya saya amat bertuah memiliki Mr. A sebagai suami. Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan mengurniakan zuriat sebagai penyeri dalam rumah tangga ini. Amin.

Friday, May 23, 2008

LIMITASI


Setiap daripada kita punya kesabaran...malah dalam apa jua kesabaran pasti diperlukan. Tidak kira semasa memandu di jalan raya yang sesak, berhadapan dengan kerenah manusia, atau dugaan penyakit yang serius. Namun bagitu, setiap dari kita juga punya tahap dan darjah kesabarannya. Hampir tengahari tadi saya diziarahi seorang kawan seperjuangan. Nun jauh dari Pantai Timur beliau datang membawa dua orang puteranya dan suami. Kelihatan wajah suaminya agak keletihan , mungkin kerana semalaman memandu. Hati jadi sayu melihat sahabat saya (Z) yang masih dalam keadaan berpantang, terfikir bagaimana beliau 'memanjat' tingkat 4 pejabat saya ini tanpa lif? Lalu saya kagum dalam hati kerana tahu dia seorang yang tabah...

Ketabahan Z membesarkan anak-anak seorang diri kerana suami tinggal ditempat lain kerana bekerja mengundang rasa pilu saya. Kadang-kala saya melihat saya seorang yang tidak beruntung kerana tidak dapat tinggal sekali dengan suami, rupanya ada insan yang lebih perit dari saya.

Saya tahu kedatangan Z adalah untuk membuat rayuan bagi membincangkan urusan perpindahan beliau agar dekat dengan suaminya (masakan beliau sanggup datang jauh-jauh dalam keadaan masih berpantang). Kalau sebelum ini Z mengikut pelbagai prosedur, alasan 'sabar-sabar', anda masih baru berkhidmat dan juga dengan pelbagai kerenah 'top management' , hari ini beliau saya kira telah melangkaui semua itu. Terus berjumpa dengan orang nombor satu organisasi hanya kerana kesabarannya sudah tidak mampu dibendung lagi.


Bayangkan dengan adanya anak yang masih kecil beliau telah banyak berkorban. Dari mula berkahwin sehingga sudah ada anak dua, dari tidak tahu memandu sehingga sudah boleh memandu, meredah kegelapan malam membawa anak sakit ke klinik seorang diri....aduhaiii... Itulah dia, pasti ada kebaikkan/hikmah di atas setiap peristiwa yang berlaku pada diri seseorang. Kita akan menggunakan seoptimum mungkin kekuatan kita untuk survival dalam kehidupan ini.


Kami berbual tidak lama kerana beliau perlu pulang, dengan anak-anak yang masih kecil agak tidak membenarkan kami berlama 'melepaskan rindu' dan bertukar cerita.
Saya memeluknya erat semasa kami bersalam untuk berpisah. "Zara doakan akak berjaya pindah, sabarlah yer"..aahh..kata-kata itu sudah terlalu biasa saya dengar dan saya maklum dia juga begitu. Saya menghantarnya sampai ke pintu dan mencium anak-anak kecilnya yang ntah berapa kali berjumpa ayah sebulan.

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf; 12)


Ayat ini bermain-main difikiran saya, sehingga Z hilang dari pandangan....

Wednesday, May 21, 2008

HARAPAN




"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal" (Al-Taubah:129)

Ayat dari surat Al Taubah ni berjaya memujuk lara di hati sesiapa sahaja, ketika dirundung sedih dan kecewa. Berpegang kepada ayat tersebut saya cuba membantu pelajar yang kadangkala berada dalam situasi kecewa, terutama selepas peperiksaan.

Mungkin mereka sudah meletakkan 'target' tertentu dalam sesuatu matapelajaran yang diambil. Namun yang sering saya berpesan kepada mereka adalah target hendaklah diletak selepas kita berusaha sedaya mungkin. Lalu berdasarkan usaha tersebut maka kita boleh mengandaikan sejauh mana kita boleh capai, dan selepas menjawab soalan peperiksaan, kena juga nilai berapa yang mungkin kita dapat setelah usaha yang kita lakukan. Insya Allah anda pasti tidak akan terkejut atau kecewa bila keputusan keluar kelak.

Semasa zaman saya di universiti saya selalu mengalami situasi seperti mereka juga. Risau, berdebar, rasa macam-macam lagi topik yang tak 'cover'. Namun saya sentiasa memperbaiki diri, sebab saya tahu saya bukan kategori yang cerdik. Saya jenis yang perlu berusaha beribu kali ganda dari orang lain. Macam-macam saya buat, salah satunya membuat mind mapping. Sampai ada seorang rakan tegur mind mapping saya 'berjurai-jurai macam akar', 'bersimpang siur'...heheh..saya pekakkan telinga saja. Saya mengaku semasa peringkat Diploma saya selalu skor setiap kali exam, tetapi semasa peringkat ijazah agak sukar sikit, malah dalam serba kekurangan kemudahan ketika Diploma dulu saya boleh mencapai sehingga CGPA 3.88 dan 5 kali mendapat anugerah Rektor (saya belajar di sebuah kolej swasta di Kelantan). Semasa di peringkat Ijazah saya teruskan usaha dengan mempelbagaikan teknik belajar.

Namun usaha itu tidak sia-sia, dan saya juga bukan nak puji diri sendiri. Saya sangat suka membaca dan mengarang. Sebab itulah semasa di tahun akhir saya mengambil opsyen Penulisan Ilmiah berbanding masuk ke kelas Sosiologi (yang sudah tentunya membosankan!) . Saya turun ke ceruk liabrary IPTA yang ada untuk melihat jurnal dan literature sebelum ini berdasarkan tajuk yang saya pilih. Hasilnya ditahun akhir saya mendapat Anugerah Dekan. Sesuatu yang tidak pernah saya impikan. Malah assingment saya untuk matapelajaran Ethical and Legal Issues in Counselling mendapat 'A' gara-gara olahan saya dalam tugasan yang diberi (itu komen pensyarah bila saya tanya), begitu juga
untuk subjek kajian Ilmiah saya skor 'A' .

Saya gunakan segala pengalaman saya untuk semua pelajar yang saya temui jika mereka kecewa. Tidak salahnya kita mula dari bawah, tapi yang penting kena konsisten dan berusaha secara luar biasa berbanding orang lain (jangan pula bawak 'toyol' masuk dewan peperiksaan).

Kesusahan yang kita hadapi hari ini akan memberi kita sejuta harapan dan kesenangan pada masa akan datang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)

Tuesday, May 20, 2008

Aurat dan suami


**pic di atas diambil dari senikehidupan.com

Sedikit artikel soal jawab dalam akhbar Harian Metro yang saya ambil untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.

Aurat isteri tanggungjawab suami?
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH


SOALAN: Adakah suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:
RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.


Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6).

Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.
Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

********************************
Setelah membaca artikel kemusyikilan ini, marilah wahai wanita-wanita, anak-anak prempuan, isteri-isteri agar kita taat dan patuh pada ayah atau suami selagi mana permintaan mereka untuk kebaikkan dan juga mematuhi syariat. Kasihanilah mereka...

Children of Heaven



Inilah cerita yang pernah saya sebut dalam entri yang bertajuk Basyiraa Zahra. Cerita daripada Iran yang bertajuk Children of Heaven, yang sangat menyentuh hati. Kisah bagaimana dua orang adik beradik yang sangat menyentuh perasaan. Bagaimana saya boleh 'terlepas' cerita ini yang sudah dihasilkan pada 1997 lagi.

Filem yang banyak mendidik jiwa dan hati setiap orang yang menontonnya. Lalu saya bawak balik Cd ini pulang ke rumah orang tua, untuk membolehkan anak-anak buah saya menonton dan belajar sesuatu dari filem ini. Kisah adik perempuan dan abang yang berkongsi kasut kerana keluarga mereka sangat susah dan tidak mampu membeli kasut baru.

Hati rasa pedih melihat setiap babak, terutama semasa Zahra mengejar kasutnya yang jatuh didalam longkang dan dibawa arus kuat. Aduhai...saya mula memasang angan-angan, jika Allah memberikan saya dan suami zuriat, saya ingin mentarbiyaah mereka dengan didikan yang sesempurna mungkin. Menjadikan anak-anak sebagai orang yang bersyukur dan mengamalkan islam dalam kehidupan seharian. Saya kerap berdoa, agar dimakbulkan impian ini.

Disebalik cerita ini banyak perkara yang saya pelajari. Bagaimana jika kita mahu berdakwah dengan menggunakan teknologi yang kita ada. Lihat saja filem ini, watak suami-isteri,anak-anak dan ibu tidak langsung melanggar garis panduan yang Islam berikan. Walaupun tanpa sentuhan, pelukan bagi menggambarkan hubungan yang mesra seperti dalam kebanyakkan filem kekeluargaan yang pernah saya tonton, filem ini berjaya meletakkan dirinya pada darjah dan kelas yang tersendiri. Adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan kita, kalau nak sesuatu watak itu berkesan watak suami isteri mestilah ada adegan-adegan 18Sx. Sedangkan dalam filem ini, watak suami yang sayang pada isterinya diterjemahkan oleh lontaran dialog dan eksperesi wajah yang berkesan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Malah anak lelaki dalam filem ini tidak sesekali pun menyentuh adik perempuannya walaupun pelakon dalam cerita ini masih kanak-kanak lagi.

Ada kalanya kita boleh menjadi luar biasa andai berani mengubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan itu!

Bercuti


Pic atas dari laman web senikehidpuan


Saya sedang berusaha mengumpul sedikit perbelanjaan untuk merealisasikan impian saya untuk ke Terengganu. Ntah kenapa saya sangat suka ke Terengganu (ada seorang rakan saya sangat anti pada negeri Terengganu dan Kelantan..hehehe). Namun saya bukan nak ke Terengganu untuk 'bershoping' seperti yang lazim dibuat oleh kaum wanita yang lain.

Suami (Mr. A) pernah merungut, katanya saya bukan suka bercuti di Pulau...ehehe..sebenarnya itu pengalaman Mr. A ketika kami mula-mula berkahwin dua tahun lalu. Kami ke Pulau Kapas, tetapi saya tidak berapa 'enjoy' sebab merasakan agak serabut, panas dan macam-macam.

Namun yang menghambat hati saya untuk ke Terengganu adalah kerana nak melihat-lihat suasana di sana selepas 4 tahun saya meninggalkannya. Saya pernah belajar di sana selama 3 tahun. Saya juga pernah menyewa rumah kecil di tepi pantai semasa berada di tahun akhir..aarrghh! kawasan pantai itu sangat cantik, sunyi.. Tidak seperti di Pulau Kapas, yang penuh dengan pelancong dalam dan luar dengan aksi-aksi yang agak panas.

Berbeza dengan pantai yang berdekatan rumah sewa saya dulu. Bukan sahaja cantik tetapi menenangkan. Kalau ada pun, hanya nelayan-nelayan yang membetulkan pukat mereka di bot masing-masing. Kadang-kadang bila 'tension' dengan assingment, exam ke pantai itulah saya bawa diri bersama rakan sekelas. Kadang-kadang seorang diri. Saya boleh duduk berjam-jam di bawah terik matahari jam 3 petang! Nah, saya buktikan pada suami, saya bukan tak suka laut, cuma kalau tak kena gaya saya boleh jadi rimas dan melemaskan!

Bagi saya keindahan pantai mengajak kita mengkagumi ciptaan Allah. Alangkah sedihnya bila kesucian dan keindahan pantai dirosakkan oleh tangan-tangan manusia dengan perbuatan maksiat.

Friday, May 16, 2008

JODOH LAMBAT: TERLALU MEMILIH ATAU TAKDIR?


Baru sebentar tadi seorang rakan semasa di Universiti menghubungi saya, sekadar berbual-berbual setelah sekian lama tidak mendengar cerita masing-masing. Beliau mengadu masih belum bertemu jodoh...agak malu juga bila dilabel sebagai 'andalusia' (anak dara lanjut usia) oleh kawan-kawan yang selalu mengusik (kejam sungguh gelaran itu bagi saya). Alahaaii...simpati saya melimpah ruah. Saya kenal 'N' sudah lama. walaupun tidak rapat tetapi kami pernah berurusan dalam beberapa tugasan yang diberikan oleh pensyarah dulu.

Dulu semasa di universiti, saya boleh kategorikan N agak popular juga berbanding saya yang kurang menonjol (dari personaliti dan berpakaian). Maklumlah dengan cara 'dressing' yang maut tu, dia boleh menyebabkan kawan-kawan lelaki menoleh dua kali ke arahnya. Malah semasa di universiti dulu, dia sudah ada teman lelaki. Mereka umpama belangkas, tak boleh dipisahkan. Tup..tup...semasa istiadat konvoksyen empat tahun lalu saya dikhabarkan mereka sudah berpisah.

Semasa di universiti saya banyak melihat pelbagai gelagat teman-teman yang bercinta sakan..aduhai, yang frust menonggeng, yang sanggup ponteng kelas dan yang paling saya kagum, ada yang sanggup membasuh baju boyfriend kerana terlalu sayang..sahlah cinta itu membutakan mereka (ataupun terlalu sayang?). Betul, kalau sayang ianya perlu dizahirkan. Namun cara dan bentuknya sudah tentu tidak boleh melanggar syariat. Halal dan haram perlu dipertimbangkan

Secara peribadi, saya menasihatkan beliau agar bersabar dan selalu berdoa.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti. Namun saya agak terkejut bila N ada menggariskan beberapa kriteria lelaki yang beliau inginkan jika hendak diambil sebagai suami. Malah pada pandangan saya, ianya lebih bersifat tidak realistik dan lebih ke arah memenuhi apa yang akan orang lihat.


Lalu saya rasakan, soal jodoh lambat kadang kala perlu dinilai kembali pada diri sendiri..."sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan "(Yusuf 12:53)

Mungkin kerana sikap, perbuatan yang kita lakukan maka kita diuji dalam kehidupan. Mungkin Allah mahu kita bersabar dalam menempuh ujian sebelum memberi kita sesuatu yang sangat besar impaknya pada kehidupan kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

KERANA TERLALU SAYANG


Pagi semalam saya didatangi seorang siswa bersama seorang kawannya yang juga lelaki. Pada waktu itu saya lihat wajahnya sangat murung dan sedih.

Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kehadirannya, saya meminta rakannya meninggalkan kami berdua sahaja.


Maka bermulalah kisah...oohh!! anda sedang kecewa rupanya. Kekasih hati berpaling pada cinta yang baru dikenali.



Yang mengkagumkan saya, bagaimana seorang siswa yang kelihatan 'macho, gagah dan sasa' (fizikalnya) tanpa segan silu menangis dihadapan saya kerana sangat kecewa dengan kekasih hatinya itu yang berpaling mencintai suami orang yang dikenali melalui internet dalam tempoh 15 hari sahaja!


Aduhaiiii..lalu apa yang saya katakan kepadanya? saya biarkan beliau terus meluahkan rasa kecewa, hampa, tertipu dan semua yang negatif kepada saya. Emosinya kurang stabil dan pada hujung pertemuan pagi itu dia memandang saya dan bertanya "apa yang perlu saya buat puan?"
Itu adalah satu daripada beribu masalah pelajar yang dihadapkan kepada saya setiap hari

Kisah cinta tidak pernah habis sejak Allah menciptakan Nabi Adam. Cinta bak kata Dr Tuah dalam bukunya, Cinta sepatutnya Memotivasikan seseorang. Jika cinta hanya untuk kekecewaan, prestasi menurun, itu bukan cinta.


Saya kemudiannya memujuk pelajar tersebut dan akhirnya saya dapat lihat secalit senyuman dibibirnya.


'Saya akan datang jumpa puan lagi' itu ayatnya sebelum keluar dari pejabat saya. saya menghantarnya dengan ekor mata...biasanya lelaki menangis air mata jatuh ke dalam hati.

Thursday, May 15, 2008

Ujian Personaliti





Dalam bidang Psikologi dan Kaunseling, para pengamal sering menggunakan pelbagai Ujian/Inventori untuk membantu seseorang klien untuk mengenali diri mereka. Selain itu ia juga membantu seseorang pengamal kausneling membantu klien dalam sesetengah hal yang agak 'complicated' untuk diselesaikan.
Kadang kala kita tidak perasan, bahasa tubuh seseorang boleh diterjemahkan. Begitu juga gaya tidur, cara berjabat tangan, cara duduk dan sebagainya.

Disini saya sertakan beberapa ujian personaliti yang diperolehi dari internet yang mungkin anda boleh mencuba menjawabnya...Jika ianya tidak tepat, sekurang-kurangnya ia mungkin hampir dengan personaliti anda sendiri.

Cubalah!













TERIMA KASIH CIKGU!!!

Esok 16 Mei merupakan hari guru...kadang kala cemburu juga sebab profesion kerjaya macam saya nie tak ada pulak sambutan setiap tahun...tapi guru tetap guru...satu nama yang memberi impak besar dalam kehidupan setiap individu.
Dulu semasa baru tamat belajar di Universiti, mak sibuk menyuruh saya memohon menjadi guru, maklumlah orang tua, mereka beranggapan kerja guru ni mudah dan senang, jam 2 dah terpacak didepan rumah. Pelbagai usaha saya lakukan untuk 'mengelat' dari topik ini dibincang atau dicadangkan oleh mak mahupun sesiapa pun...hahahhah... Alasan yang saya beri mudah, saya tak sesuai jadi cikgu, nanti niaya budak-budak...ahahaha.
Namun bagi saya nama guru itu cukup berat. Ia bukan sekadar suka-suka, ataupun mahu sesuatu yang mudah. Tanggungjawab sebagai guru amat berat. Amanah yang diberi bukan calang-calang orang boleh memikulnya. Saya percaya pada zaman ini sudah tidak ada lagi guru yang balik jam 2 petang (seperti yang mak cakap pada saya dulu). Guru bukan sekadar mengajar, dialah juga yang membuat pelbagai tugas di sekolah. Mengajar kokurikulum, membuat persediaan mengajar, membawa pelajar dengan kenderaan sendiri untuk aktiviti-aktiviti luar dan sebagainya. Betapa besarnya pahala menjadi guru.
Panggilan keramat ini tidak pernah putus sehingga ke hujung nyawa. Label guru akan sentiasa dibawa tidak kira di mana pun dia pergi.
Buat semua guru-guru, semoga kalian akan sentiasa cemerlang dan bersabar dalam usaha mendidik anak-anak bangsa. TERIMA KASIH CIKGU!!
Kini walaupun saya tidak menjadi guru, tetapi insya Allah seluruh kehidupan saya ditemani oleh seorang suami yang bergelar GURU.
Buat suami saya, guru yang paling istimewa dalam hidup saya kini.."Selamat Hari Guru",
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang1979