Friday, February 27, 2009

Untung atau tidak?

Semasa saya belajar di universiti dahulu, jika ada program-program tambahan untuk memantapkan softskills, pasti ada bayaran akan dikenakan bagi menyertainya. Namun apabila sudah bekerja fenomena pelajar 'disuap dan kadang kala perlukan kita untuk mengunyah' mengundang beberapa kejutan pada saya.

Mana tidaknya,semasa zaman saya belajar dahulu, saya dan kawan-kawan sangat menghargai peluang dan setiap program yang dibuat oleh universiti. Apantah lagi kalau ada yang percuma, mulalah kami berkumpul untuk menempah yang terawal mendaftar. Kami tidak pernah bersungut jika pihak penganjur tidak memberi peruntukkan makan. Maklumlah, kadang-kala yang menganjurkan itu dikalangan persatuan-persatuan. Yang penting ilmu yang diperolehi. Saya pula ketika itu mendapat biasiswa JPA, jumlahnya agak kurang berbanding PTPTN. Maka soal makan perlu difikirkan beberapa kali jika dibandingkan dengan ilmu yang akan saya dapat hasil pelaburan yang saya keluarkan.

Tapi kini, saya merasa amat-amat sedih apabila para pelajar bila diminta hadir untuk beberapa program secara percuma juga merungut kerana katanya membebankan, malah sudah dimaklumkan pun masih menyatakan tidak tahu apa-apa. Pelik-pelik. Belum masuk bab kena marah lagi dengan para pelajar...sudahlah diberi makan percuma, kemudahan tempat program yang sangat kondusif..aduhai..kini saya amat berterima kasih kepada universiti yang mendidik saya dahulu, kerana hari ini saya lebih faham mengapa kami perlu bersusah...kesusahan yang menyebabkan kami menjadi orang yang bersyukur. Walaupun saya percaya masih ramai dikalangan mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur..namun saya tetap mendoakan mereka memperoleh manafaat dari ilmu yang kami berikan.

Thursday, February 26, 2009

BONDA

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang kenalan dari Brunei. Ibu kepada 3 orang anak yang sudah remaja.Saya mengenalinya sudah sekian lama. Jika tidak silap semasa tahun 2000 lagi. Melalui chit-chat di mIRC yang ketika itu sangat popular. Nick name yang beliau gunakan adalah "Bonda". Perkenalan ini berlarutan hingga kini dan panggilan Bonda terus kekal hingga hari ini.

Saya sangat menghargainya, malah beliau pernah menghadiahkan saya sebuah hand phone ketika saya berada di tahun pertama di Universiti dulu (masa tue, hand phone sangat mahal). Rasa terharu sangat...kami tidak pernah bertemu, biasanya berbual di talefon atau menggunakan Yahoo Mesenger (YM). Biasanya beliaulah yang kerap menghubungi saya (susah sikit saya nak call kerana tidak tahu caranya). Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, sudah 9 tahun kami bersahabat.

Sejak akhir-akhir ini, saya sangat sibuk di pejabat hingga tidak berkesempatan untuk bertanya khabar beliau dan keluarga di YM. Rasa bersalah teramat sangat apabila beliau yang menghubungi saya minggu lepas. Hari yang sama saya perlu menjalani ujian HSG.

Kadang-kala kami bertukar cerita melalui e-mel, bagaimana untuk saya mentafsir hubungan ini?
Terlalu istimewa. Beliau seolah-olah seperti 'ibu ke dua' saya. Kami boleh berkongsi maslaah dan memberi semangat antara satu sama lain. Pelikkan? Kadang kala kita mungkin senang berbicara dengan orang yang tidak kita kenali..namun dengan Bonda, berbual dengannya seolah-olah telah kenal 20 tahu...pelik, tapi saya selesa dengan beliau.

Saya mendoakan Bonda dan keluarganya sentiasa dalam kesejahteraan di Brunei, dan saya berharap satu masa nanti kami dapat bertemu..insya Allah.

Wednesday, February 25, 2009

SIBUK-SIBUK




Dah lama sangat tak update blog ini, lagipun bukan ada sesapa nak baca! ahaks!
Minggu nie saya agak sibuk dengan tugasan luar..seminggu tak masuk pejabat, minggu lepas pula sibuk uruskan seminar untuk para pelajar. Kesibukan yang tiada penghujung. Namun begitu lega juga, sempat juga hasil kajian saya dan dua orang rakan disiapkan sebelum auditor datang ke pejabat. Dalam kajian ini kami melihat apakah ciri personaliti pelajar yang tidaa mendapat kelulusan yang cemerlang dalam akademik (CGPA 2.5 ke bawah). Paling nyata, mereka mengalami masalah "SIKAP" dan juga tidak aktif dalam berpersatuan. Para pelajar ini menyatakan, jika berpersatuan, maka mereka akan sibuk dan kemudian gagal dalam pelajaran. Alasan yang tidak munasabah. Ini kerana dalam kajian kami, pelajar-pelajar ini langsung tidak menyertai apa-apa persatuan. Malah saya yang nerupakan penasihat persatuan pelajar yang cemerlang di kampus, mendapati kesemua pelajar cemerlang menganggotai sekurang-kurangnya 2 persatuan. Nah! alasan mereka itu tidak boleh diterima sama sekali. Mereka perlu 'mencipta kebiasaan' untuk menjadi orang yang cemerlang. Saya berharapa melalui kajian ini, kami dapat membantu para pelajar ini untuk terus maju dan membuat anjakan paradigma dalam diri agar menjadi mereka yang cemerlang serta mempunyai minda kelas pertama.
Insya Allah

Friday, February 20, 2009

KADANG-KADANG




Hati manusia susah untuk ditafsirkan. Boleh jadi dia senyum tetapi tidak bahagia..ada yang serius tapi hati berbunga riang...

Bila orang berbicara tentang anak, kadang-kadang saya menjadi jauh hati. Apa ntah lagi bila orang kata "tak ada anak, tak taulah perasaan kita (ibu)" aduhaii....rasa mahu luluh jantung hati ini. Sampainya hati melafaz kata-kata macam itu, seolah-olah bila tidak ada zuriat, maka hati seseorang itu menjadi keras dan langsung tak dapat merasai perasaan seorang ibu atau ayah.

Kadang-kadang bila orang bercerita tentang anak tentang gembira dan bahagianya mereka, saya menjadi sayu (bukan dengki). Kadang-kadang mereka tahu saya tidak ada anak lagi..tapi ntahlah..saya bersangka baik mungkin mereka gembira tanpa menyedari kehadiran saya di situ. Suasana kadang-kadang semakin pilu jika bersama saudara mara di kampung...adakalanya rasa tidak mau pulang ke kampung suami atau berjumpa rakan-rakan lama. Pasti soalan cepu emas adalah " bila nak ada anak nie?" aduhai.....tak tahulah nak kata apa lagi....

Masalah ini pernah saya bincangkan dengan seorang rakan yang turut mengalaminya...dia juga seperti saya...Kadang-kadang saya mahu lupakan semuanya jika boleh, tidak mahu berfikir apa-apa pun tentang hal2 zuriat ini...namun kadang-kadang saya tertewas juga.

Saya mohon pada Allah, agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini dan kerenah mereka di sekeliling saya.






















Thursday, February 19, 2009

Kehidupan

Hari ini hati rasa sayu...selepas membuat pemeriksaan semalam saya menangis 'sebak'. Bukan kerana sakit, tapi merasakan banyaknya ujian untuk mendapat seorang anak dari rahim sendiri.
Betul...bila kita tak mengalaminya, kita tidak tahu apa rasanya. Sekarang, bila orang asyik bertanya tentang anak, saya menjadi semakin kuat (kadang-kadang goyah juga).

Bila cakap pasal anak, teringat minggu lepas semasa balik ke rumah abah dan mak di KL. Malam itu saya tak bolehtidur..lalu saya berbual dengan mereka hingga larut malam. abah pula sejak sakit ni, sukar untuk tidur. Mak dan abah bercakap tentang soal rezeki kepada saya...rasa nak menangis pun ada.

Bagitulah mak dan bah..jarang sangat mencampuri urusan anak-anak menantu mereka..cuma kadang-kadang mereka bimbang dengan kesihatan saya dan suami.

Saya berdoa..agar usaha ini membuahkan hasil..dan saya tahu Allah tidak menguji kami dengan beban yang tidak mampu kami pikul.












UJIAN KESIHATAN

Semalam saya membuat ujian kesihatan di DEMC. Menakutkan....tangan kesejukan... Ujian ini bagi melihat sama ada tiub fallipio saya tersumbat atau tidak (dalam bahasa yang mudah difahamilah).
Sebelum di X-ray, saya diberi taklimat oleh pihak doktor. Suami saya sempat berbisik " boleh lagi kalau nak cancelkan" sebab dia kesian tengok saya yang ketakutan ini. Namun saya kuatkan hati, saya nak tahu sama ada saya ada masalah kesihatan ke tidak. Lagipun sekarang saya dan suami sedang membuat rawatan dengan LPPKN.
Alhamdulillah, results dari pemeriksaan tersebut mendapati saya tidak menghadapi apa juga masalah. Sebelum ini suami juga membuat pemeriksaan juga tiada masalah.
Sekurang-kurangnya kami lega apabila kami tidak mempunyai masalah (mungkin soal rezeki sahaja tak menyebelahi). Selepas ini kami mungkin akan menerima rawatan IUI atau IVF...ada seorang rakan yang senasib dia juga mendapatkan rawatan IUI.
Saya berdoa, Allah memudahkan urusan kami dalam soal zuriat ini. Bak kata suami saya " Jangan lawan Allah" dia lebih mengetahui.