Friday, February 27, 2009

Untung atau tidak?

Semasa saya belajar di universiti dahulu, jika ada program-program tambahan untuk memantapkan softskills, pasti ada bayaran akan dikenakan bagi menyertainya. Namun apabila sudah bekerja fenomena pelajar 'disuap dan kadang kala perlukan kita untuk mengunyah' mengundang beberapa kejutan pada saya.

Mana tidaknya,semasa zaman saya belajar dahulu, saya dan kawan-kawan sangat menghargai peluang dan setiap program yang dibuat oleh universiti. Apantah lagi kalau ada yang percuma, mulalah kami berkumpul untuk menempah yang terawal mendaftar. Kami tidak pernah bersungut jika pihak penganjur tidak memberi peruntukkan makan. Maklumlah, kadang-kala yang menganjurkan itu dikalangan persatuan-persatuan. Yang penting ilmu yang diperolehi. Saya pula ketika itu mendapat biasiswa JPA, jumlahnya agak kurang berbanding PTPTN. Maka soal makan perlu difikirkan beberapa kali jika dibandingkan dengan ilmu yang akan saya dapat hasil pelaburan yang saya keluarkan.

Tapi kini, saya merasa amat-amat sedih apabila para pelajar bila diminta hadir untuk beberapa program secara percuma juga merungut kerana katanya membebankan, malah sudah dimaklumkan pun masih menyatakan tidak tahu apa-apa. Pelik-pelik. Belum masuk bab kena marah lagi dengan para pelajar...sudahlah diberi makan percuma, kemudahan tempat program yang sangat kondusif..aduhai..kini saya amat berterima kasih kepada universiti yang mendidik saya dahulu, kerana hari ini saya lebih faham mengapa kami perlu bersusah...kesusahan yang menyebabkan kami menjadi orang yang bersyukur. Walaupun saya percaya masih ramai dikalangan mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur..namun saya tetap mendoakan mereka memperoleh manafaat dari ilmu yang kami berikan.