Thursday, February 26, 2009

BONDA

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang kenalan dari Brunei. Ibu kepada 3 orang anak yang sudah remaja.Saya mengenalinya sudah sekian lama. Jika tidak silap semasa tahun 2000 lagi. Melalui chit-chat di mIRC yang ketika itu sangat popular. Nick name yang beliau gunakan adalah "Bonda". Perkenalan ini berlarutan hingga kini dan panggilan Bonda terus kekal hingga hari ini.

Saya sangat menghargainya, malah beliau pernah menghadiahkan saya sebuah hand phone ketika saya berada di tahun pertama di Universiti dulu (masa tue, hand phone sangat mahal). Rasa terharu sangat...kami tidak pernah bertemu, biasanya berbual di talefon atau menggunakan Yahoo Mesenger (YM). Biasanya beliaulah yang kerap menghubungi saya (susah sikit saya nak call kerana tidak tahu caranya). Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, sudah 9 tahun kami bersahabat.

Sejak akhir-akhir ini, saya sangat sibuk di pejabat hingga tidak berkesempatan untuk bertanya khabar beliau dan keluarga di YM. Rasa bersalah teramat sangat apabila beliau yang menghubungi saya minggu lepas. Hari yang sama saya perlu menjalani ujian HSG.

Kadang-kala kami bertukar cerita melalui e-mel, bagaimana untuk saya mentafsir hubungan ini?
Terlalu istimewa. Beliau seolah-olah seperti 'ibu ke dua' saya. Kami boleh berkongsi maslaah dan memberi semangat antara satu sama lain. Pelikkan? Kadang kala kita mungkin senang berbicara dengan orang yang tidak kita kenali..namun dengan Bonda, berbual dengannya seolah-olah telah kenal 20 tahu...pelik, tapi saya selesa dengan beliau.

Saya mendoakan Bonda dan keluarganya sentiasa dalam kesejahteraan di Brunei, dan saya berharap satu masa nanti kami dapat bertemu..insya Allah.