Sunday, March 8, 2009

DUGAAN

Benarlah dalam hadith, nabi menyatakan fitnah terbesar yang ditinggalkan adalah wanita.

Betapa besarnya pengaruh wanita...wanita bila ia taat pada agama dan suaminya maka mudahlah dia memasuki mana-mana pintu syurga. Namun wanita juga mudah menyeret lelaki seperti bapa, suami ,abang dan anak-anak lelakinya ke neraka kerana perbuatannya.

Saya melihat betapa besarnya ujian kepada bapa dan ibu mertua saya dalam menghadapi situasi pada masa ini. Mereka berdepan dengan dugaan atas kasih sayang yang mereka berikan kepada anak yang dibesarkan.

Saya berdoa, mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan bersabar dengan apa yang berlaku. Mungkin pada masa inilah, paling sesuai untuk kita memuhasabah diri dan menilai apa yang mungkin pernah kita lakukan. Allah itu maha pengampun dan penyanyang. Semoga jalan-jalan menuju kerdehaanNya dapat kita capai. Insya Allah