Friday, February 20, 2009

KADANG-KADANG




Hati manusia susah untuk ditafsirkan. Boleh jadi dia senyum tetapi tidak bahagia..ada yang serius tapi hati berbunga riang...

Bila orang berbicara tentang anak, kadang-kadang saya menjadi jauh hati. Apa ntah lagi bila orang kata "tak ada anak, tak taulah perasaan kita (ibu)" aduhaii....rasa mahu luluh jantung hati ini. Sampainya hati melafaz kata-kata macam itu, seolah-olah bila tidak ada zuriat, maka hati seseorang itu menjadi keras dan langsung tak dapat merasai perasaan seorang ibu atau ayah.

Kadang-kadang bila orang bercerita tentang anak tentang gembira dan bahagianya mereka, saya menjadi sayu (bukan dengki). Kadang-kadang mereka tahu saya tidak ada anak lagi..tapi ntahlah..saya bersangka baik mungkin mereka gembira tanpa menyedari kehadiran saya di situ. Suasana kadang-kadang semakin pilu jika bersama saudara mara di kampung...adakalanya rasa tidak mau pulang ke kampung suami atau berjumpa rakan-rakan lama. Pasti soalan cepu emas adalah " bila nak ada anak nie?" aduhai.....tak tahulah nak kata apa lagi....

Masalah ini pernah saya bincangkan dengan seorang rakan yang turut mengalaminya...dia juga seperti saya...Kadang-kadang saya mahu lupakan semuanya jika boleh, tidak mahu berfikir apa-apa pun tentang hal2 zuriat ini...namun kadang-kadang saya tertewas juga.

Saya mohon pada Allah, agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini dan kerenah mereka di sekeliling saya.