Thursday, April 16, 2009

Terungkai segala persoalan

Hari ini adalah temujanji saya yang ke 5 dengan pihak LPPKN bagi mendapatkan rawatan. Alahamdulillah...saya dan suami disahkan sihat dan boleh memiliki anak sendiri melalui kaedah normal...kerana kami tidak mempunyai apa jua masalah. Terungkai segala persoalan selama ini...

Setelah melalui pelabagi prosedur dan ujian akhirnya terjawab...hati rasa sebak mengenangkan segala yang dilalui dalam menerima rawatan...inilah ujian dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuanNya.

Saya kongsikan berita ini dengan mak..saya minta beliau mendoakan saya. Saya akui ibu saya bukanlah orang bandar yang memahami semua yang saya ceritakan, tetapi saya cuba membuatkan beliau memahami dengan bahsa kampung yang paling mudah. Yang penting, saya mahu mak mendoakan saya. Bukankan doa ibu itu makbul??

Saya berharap, akan ada kebahagian dan peluang untuk saya dan suami bergelar ibu dan ayah. Saya berdoa semoga kami mampu menerima ujian ini. Andai ada rezeki pasti akan tiba juga. Sesungguhnya Allah maha mengetahui semua perancanganNya kepada hambaNYa.