Friday, November 7, 2008

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..bersyukur di atas Rahmat dan kasih sayang Allah. Pagi ini semasa menyemak permohonan pertukaran suami ke Selangor, saya mendapati permohonan kali ke 4 atau 3 ini berjaya. Saya memeluk seorang staff dan seorang rakan yang hampir dengan saya ketika itu. Sayu dan sebak memenuhi hati saya...air mata gugur dengan laju.
Setelah hampir 3 tahun kami tinggal berasingan, akhirnya doa kami diperkenan Allah.
Betapa inilah hadiah paling manis dan berharga yang saya terima dan tunggu-tunggu selama ini selain doa agar dapat memperolehi zuriat.
Terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat yang menyokong dan individu yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan, dorongan dan doa kalian.

3 comments:

Unknown said...

heh tahniah.......macam dapat award pulak ... heh

NURAZZAH8 said...

Salam Basyiraa Zahra,

RumahManis, semanis nama pemiliknya.

Salam perkenalan. Saya dapat trace kehadiran anda di blog saya, anda adalah pengunjung ke 24,400 di blog saya dan nombor itu cantik sekali. Saya sedang berkira2 untuk memberi cenderamata kepada pengunjung ke 25,000, namun begitu saya rasa saya ingin juga memberi sedikit cenderamata kpd pengunjung ke 24,400...oleh itu anda adalah pengunjung bertuah! Alhamdulillah... sebenarnya Allah telah mengaturkannya begitu... lalu terjadilah perkenalan di alam maya ini...

boleh saya link kan blog saudari ke blog saya? kerana saya juga sudah teruja melihat nama saya sudah tersenarai di bawah ruangan BLOGGERS di sebelah kanan blog saudari...

Tahniah saya ucapkan di atas kejayaan suami saudari memohon pertukaran ke Selangor... adakah saudari juga seorang pendidik di Shah Alam?

Salam Perkenalan.

Basyiraa Zahra said...

Pendekar,

dapat berada di sisi suami sepanjang masa adalah anugerah yg lebih hebat daris egala-galanya.
Salam perkenalan. Bagaimana boleh terjumpa blog ini?

Pn Nurazzah,
Terharunya...salam perkenalan juga dari saya. dapat hadiah apa tue? heheh..saya cuba layari blog puan tapi tidak berjaya hari ini.