Thursday, April 22, 2010

Disebalik Ujian Hidup

Seorang rakan lama dari Sarawak dahulu menghubungi saya. Beliau lelaki, tetapi sangat memahami situasi saya dan suami. Maklumlah, beliau sendiri telah berkahwin seminngu lebih awal dari saya masih belum dikurniakan zuriat.
Baru-baru ini beliau menghubungi saya, memaklumkan isterinya sudah melahirkan anak. Kembar, sepasang!! Allahuakbar!! Betapa saya terkejut, dan merasa besarnya kuasa Allah. Beliau menasihati saya agar tidak berputus asa dan terus menjalankan rawatan yang termampu.
Semoga sahabat saya ini sentiasa berada dalam kesejateraan dan bahagia hendaknya bersama zuriat-zuriatnya. Amin.

1 comment:

Ummi Adam said...

Saya baru jer dalam sms dari sahabat saya. Dulu kami sama-sama buat IVF di HUKM. Lepas tuh saya yang dulu ambil anak angkat. Kini anak saya dah hampir 3 tahun, anak dia baru 2 tahun. Katanya baru dapat surat beranak.

Dan yang terbaru, katanya dia pun dah hamil. Selepas berpuluh ribu habis duit buat IVF. Itulah kuasa Allah. Cuma mungkin rezeki kita belum tiba jer lagi