Friday, May 29, 2009

HARI BAPA



Petang tadi saya mengajak Mr A ke Jusco. Membeli hadiah untuk beliau sempena ulang tahun perkahwinan kami ke 3.

Saya lihat banyak jualan murah sempena Hari Bapa yang akan datang. Sejujurnya, semasa hayat abah saya tidak pernah meraikan hari bapa. Malah bukan budaya dalam keluarga kami meraikan hari-hari yang dianjurkan oleh bukan Islam itu.

Tapi kali ini hati saya tersentuh. Mulut saya jadi berat untuk menyebutnya...Semasa melihat orang-orang lelaki sebaya abah berjalan dengan anak-anak mereka, saya jadi sebak. Malah semasa di pejabat apabila ada rakan-rakan bercerita tentang ayah mereka saya jadi cemburu. Saya terdiam, sebak dan rasa kehilangan. Saya akui saya kelihatan biasa sahaja, namun hati saya sentiasa menangis dalam situasi yang tidak mampu saya lalui.

Semasa memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini, saya sudah mula hendak sebak menceritakan pengorbanan ayah dan ibu. Sebaknya hanya tuhan yang tahu..mujurlah ketika itu ceramah sudah sampai ke penghujungnya. Manalah mungkin saya dapat melupakan abah, mendengar rakan-rakan becerita tentang ayah mereka saya menangis.

Benar, kini saya sudah tidak lagi mendengar suara abah menasihat, meminta, mengajar saya lagi. Yang tinggal kenangan bersama abah yang sentiasa subur di dalam ingatan..Al Fatihah buat abah yang tersayang.

3 comments:

AnaMuyassarah said...

Maaf...
Baru dapat memberi respond, maklumlah cuba mencari suasana dan masa yang sesuai..
Saya akui terlalu sukar untuk menerima kehilangan, apatah lagi perpisahan yang tidak akan berulang lagi pertemuan (kematian). Semoga awak tabah..InsyaAllah apa yang awak lalui memberikan pengajaran berguna untuk saya menebalkan rasa kasih pada ke2 orang tua saya.

AnaMuyassarah said...

Bersabarlah..hanya itu yang dapat saya katakan..Walau bagaimanapun saya akui awak memang tabah. kalau dibandingkan dengan saya..Awak masih ada ayah mertua, bolehlah tunjukkan kasih sayang kat ayah mertua lak...

Basyiraa Zahra said...

TQ, kehilangan memang sangat2 di rasai. Ayah mertua tetap ayah mertua..tidak sama dengan ayah sendiri. saya doakan yg terbaik buat mereka.